More
    Home Sarawak Samarahan Seorang maut manakala seorang lagi parah dalam nahas motosikal di Sebuyau

    Seorang maut manakala seorang lagi parah dalam nahas motosikal di Sebuyau

    SEBUYAU, 29 DISEMBER 2020 (SNN) : Seorang lelaki disahkan maut manakala gadis cedera parah selepas terlibat dalam satu kemalangan melibatkan dua buah motosikal di Jalan Segali, Sebuyau-Simunjan, pada Ahad.

    Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Supt Alexson Naga Chabu, pada jam 9.30 pagi motosikal dipandu oleh lelaki yang bergerak dari arah Sebuyau kemudiannya bertembung di lokasi kejadian dengan sebuah lagi motosikal yang ditunggang oleh seorang gadis yang datang dari arah Simunjan.

    “Mangsa, Shahardin Salleh, 32 tahun beralamat Kampung Tengah Tanjung Assam, Betong disahkan maut ditempat kejadian manakala gadis berusia 16 tahun mengalami kecederaan parah dan dirujuk ke Hospital Simunjan untuk rawatan lanjut.

    “Siasatan awal mendapati kemalangan di Kilometer 29, Jalan Segali, Sebuyau-Simunjan itu berlaku di jalan lurus satu lorong di kedua-dua arah dan cuaca juga dalam keadaan cerah,” katanya dalam satu kenyataan.

    Tambah beliau, mayat mangsa akan dirujuk ke Hospital Serian bagi tujuan bedah siasat dan kedua-dua kenderaan terbabit akan dihantar ke Puspakom dan Jabatan Kimia.

    Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian impak daripada pertembungan tersebut

    Dalam masa yang sama, pihak polis masih mengesan dan meminta mana-mana saksi bebas yang menyaksikan kemalangan berkenaan diminta untuk tampil bagi membantu siasatan.

    Ujar beliau, kes terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Naiktaraf sistem pengairan dan saliran elak berlaku banjir- ADUN Demak Laut

    0
    KUCHING, 22 JANUARI 2021 (SNN) : Sistem pengairan dan saliran di kawasan kampung perlu dititik berat ekoran bagi mengelak berlakunya masalah banjir atau limpahan...