LUNDU, 03 OKTOBER 2020 (SNN) : Rakyat Tanjung Datu bakal menikmati bekalan air bersih selepas siapnya projek SAWAS yang bernilai RM3.5 juta itu siap kelak.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Datu, Datuk Amar Jamilah Anu berkata, projek yang disalurkan melalui Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) itu akan dibina untuk kawasan Kampung Kangka, Temelan Dayak dan Belungei Lundu.
“Pelaksanaan SAWAS ini merupakan usaha kearah mencapai visi Sarawak iaitu menyalurkan 100% bekalan air bersih menjelang tahun 2025.
“Siapnya projek ini kelak akan dapat menyalurkan bekalan air bersih ke kawasan terpencil dan belum lagi menerima air bersih dan selamat diminum,” katanya ketika melakukan lawatan ke tapak projek SAWAS di kampung-kampung tersebut pada Khamis.

Turut hadir sama, Penolong Jurutera Daerah Lundu, Awang Mohd Hafizie Awang Padil, dan Pegawai Tadbir, Unit Pembangunan dan Teknologi, Pejabat Daerah Lundu.