More
    Home Sarawak Bintulu Datuk Talib Berikan Dua Petua Kejayaan Kepada Pelajar Melayu-Islam Bintulu

    Datuk Talib Berikan Dua Petua Kejayaan Kepada Pelajar Melayu-Islam Bintulu

    BINTULU, SARAWK (SNN) – Yang Berhormat Datuk Hj. Talib Zulpilip, Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Intergriti dan Ombudsman) telah memberi petua kejayaan kepada pelajar Melayu-Islam dari sekitar bandar Bintulu. Beliau yang juga Wakil Rakyat Jepak telah berucap dalam majlis perasmian Kursus Pelajar Melayu-Islam Cemerlang (KPMIC) di Pusat Latihan Teknologi Tinggi Malaysia di Jepak, Bintulu pada 15 September 2018.

    Talib telah menjelaskan dua petua kejayaan untuk pelajar adalah rajin dan merebut peluang.  Beliau berkata orang yang malas tidak akan mencapai kejayaan, termasuk pelajar yang malas belajar. Petua kedua adalah merebut peluang dan kemudahan yang sedia ada ataupun yang datang.  Peluang pada masa ini begitu banyak seperti kemudahan persekolahan, bantuan, kursus seperti KPMIC dan peralatan persekolahan dari Yayasan Sarawak.  Memandangkan persaingan semakin hebat, maka pelajar harus memberi tumpuan kepada pelajaran semasa masim di sekolah.

    Pelajar dan para jemputan (Gambar: Sanib)

    KPMIC adalah program tetap Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) untuk pelajar Tingkatan 1 sahaja.  Tujuan utama program ini adalah untuk membetulkan semula tujuan dan matlamat diri serta memantapkan jati diri Melayu dan Islam. Pelajar Tingkatan 1 menghadapi beberapa masalah penyesuaian diri dengan keadaan baharu di  sekolah menengah dan juga perubahan kendiri memasuki zaman baligh. Seramai kurang-lebih 120 pelajar dari enam buah sekolah menengah telah terpilih menjadi peserta.

    Pengurus Besar AKYBMS, Datu Dr. Sanib Said, telah memberi ucapan kata-kata aluan dan penghargaan kepada semua yang terlibat.  Tanpa kerjasama banyak pihak di peringkat daerah, pihak penganjur akan menghadapi masalah dari aspek logistik, khususnya Pegawai Pendidikan Daerah (PPD).

    Talib dan Sanib bersama para jemputan dan pelajar. (Gambar: AKYBMS)

    Sanib berkata AKYBMS menganjurkan 10 KPMIC setiap tahun, iaitu setiap dua minggu di seluruh negeri Sarawak, dari Lundu hingga ke Lawas.

    Turut hadir juga adalah Hussaini Hakim, Timbalan Residen Bahagian Bintulu yang baharu, Pegawai Daerah, guru-guru dan ketua masyarakat.

    Sanifa
    Chief Editor

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...