More
    Home Sarawak Limbang Sultan Hassanal Bolkiah Terima Perubahan Laluan Pan-Borneo

    Sultan Hassanal Bolkiah Terima Perubahan Laluan Pan-Borneo

    BANDAR SERI BAGAWAN – Sultan Hassanal Bolkiah menerima perubahan laluan Lebuh Raya Pan-Borneo tanpa memasuki Negara Brunei Darussalam setelah dijelaskan oleh Tun Dr. Mahathir Muhamad semalam.  Kedua orang pemimpin telah berunding di Istana Nurul Iman bersempena dengan lawatan rasminya ke Brunei Darussalam.  Kerajaan Malaysia yang lama telah setuju bahawa lebuh raya itu akan merentasi Negara Brunei Darussalam yang terletak di antara negeri Sarawak dan Sabah.

    Tun Dr. Mahathir telah mengemukakan pendapatnya ketika sesi soal jawab di sebuah Universiti Brunei Darussalam khususnya dalam projek Pan Borneo yang dikatakan memerlukan kos besar dan di samping perlu memikirkan isu imigresen. Kos yang besar serta isu imigresen di antara dua buah negara ini pasti mengalami kesukaran untuk dilaksanakan.

    Jelasnya lagi, projek ini tetap akan diteruskan tetapi tidak akan mengikut perancangan asal yang merentasi negara Brunei. Walau bagaimanapun penerimaan Sultan Brunei terhadap keputusan ini turut difahami oleh baginda kerana kekangan yang dihadapi Malaysia.  Namun baginda tidak menolak untuk bekerjasama jika projek ini diteruskan dengan merentasi negara mereka. Kenyataan ini telah diberikan oleh Tun Dr. Mahathir ketika sidang media di Istana Qash Munee sebelum mengakhiri lawatan kerja dua harinya di Brunei.

    Tun Dr. Mahathier bersama Sultan Hassanal Bolkiah di Bandar Seri Begawan

    Tambahnya lagi, Tun Dr Mahathir mengambil kira akan hal kos penjimatan masa dan tidak perlu melakukan pemeriksaan dari Sarawak ke Sabah yang merentasi Brunei serta perlu melakukan pemeriksaan sebanyak 12 kali dan ia merupakan satu hal yang agak rumit.

    Pihak media juga turut bertanyakan adakah kerajaan juga turut meneliti mekanisme tertentu bagi mengatasi isu pemeriksaan berkenaan. Tun Dr. Mahathir menjelaskan bahawa apabila lebuhraya Pan Borneo dibina dengan merentasi negara tersebut maka kita harus mematuhi dan menghormati peraturan negara tersebut.

    Katanya lagi, “kita akan tetap melaksanakan projek ini, namun akan mengambil sedikit masa berikutan situasi kewangan yang dihadapi negara kita”

    “Kita juga sedang meneliti isu kelewatan projek ini di Sabah kerana peruntukan dana sudah pun dikeluarkan. Kita mahu kenal pasti apa punca kelewatan itu.”

    Lawatan ini diadakan selama dua hari yang merupakan lawatan rasmi pertama Perdana Menteri ke Brunei Darussalam yang bertujuan untuk mengukuhkan hubungan diplomatik Malaysia-Brunei.

    Oleh: Akmal Azlan

    Sanifa
    Chief Editor

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...