Datuk Amar Awang Tengah Jamin Negeri Sarawak Bantu Sekolah Demi Rakyat

0
1027
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Ketua Menteri Sarawak

LAWAS –  Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan telah menghadiri sebuah Majlis Penyerahan Baucar Pakaian Seragam Sekolah bagi daerah Lawas. Turut hadir adalah Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong serta Residen Bahagian Limbang, Ir. Ahmad Denney Fauzi. Beliau selaku Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Kedua merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian dan Usahawan itu menjelaskan bahawa bantuan pendidikan tidak harus dipolitikkan sebaliknya memastikan anak-anak pelajar Sarawak tidak terpisah dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran.

Dalam ucapan itu beliau juga turut menyatakan bahawa terdapat lima buah projek pembinaan dan baik pulih bangunaun sekolah yang sedang tergendala. Beliau turut menyatakan usaha kerajaan juga menyediakan kemudahan asas seperti penyambungan bekalan elektrik dan bekalan air bersih.

Hiasan: Sebuah darjah di sebuah sekolah rendah di Sarawak

Katanya, “Aspek pendidikan merupakan sesuatu yang penting dalam mempersiapkan generasi muda dengan ilmu dan kemahiran untuk mereka berjaya pada masa depan.”

Timbalan Ketua Menteri ini juga turut menghargai usaha pihak Yayasan Sarawak yang telah banyak menyediakan program bantuan pendidikan kepada anak-anak Sarawak yang kurang berkemampuan sama ada di peringkat rendah, menengah mahupun di peringkat pengajian tinggi.

Terdapat 882 pelajar di Bahagian Limbang telah menerima bantuan persekolahan pada tahun ini dan daripada jumlah tersebut juga seramai 428 orang dari 35 sekolah adalah dari daerah Lawas manakala selebihnya dari daerah Limbang.

Akmal Azlan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here