More
    Home Sarawak Samarahan Stesen pertanian baharu di Sebuyau beri manfaat kepada para petani

    Stesen pertanian baharu di Sebuyau beri manfaat kepada para petani

    SEBUYAU, 11 DISEMBER 2020 (SNN) : Bangunan stesen pertanian lama di Sebuyau bakal digantikan dengan bangunan baharu dengan kemudahan yang lebih canggih sekaligus bakal memberi manfaat kepada petani di kawasan itu.

    Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak merangkap ADUN Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi semasa membuat lawatan ke tapak projek tersebut berkata, bangunan yang bernilai RM3.01 juta itu akan menggantikan bangunan lama yang telah uzur dan akan ditempatkan di kawasan bandar baharu Sebuyau.

    “Pembinaan bangunan ini dijangka mengambil masa untuk siap sehingga pada April 2021.

    “Siapnya projek itu kelak akan menempatkan sebuah bangunan pejabat, stor, bangunan Gen Set dan kuarter bagi lima pegawai serta kakitangan yang bertugas di kawasan berkenaan,” katanya.

    Datuk Julaihi meninjau kawasan baharu bagi stesen pertanian tersebut

    Tegas beliau lagi, kerajaan di bawah Parti Gabungan Sarawak (GPS) sentiasa komited dalam menjaga keperluan dan kebajikan rakyat khususnya para petani di negeri ini.

    Turut hadir sama dalam lawatan ialah Ajis Ahmad, Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Kecil Sebuyau, Arisa Ahmad Haji Kachon, Pegawai Pertanian Bahagian Samarahan, Hashim Abdul Kadir, pegawai JKR Bahagian Samarahan, Penghulu Abu Seman Suhaili dan wakil daripada pihak kontraktor.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak teruskan usaha memperkasa bekalan elektrik di kawasan luar bandar

    0
    DARO, 22 FEBRUARI 2025 (SNN): Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan YAB Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg komited menyediakan kemudahan bekalan...