More
    Home Sarawak Serian Penduduk kampung tarik nafas lega kini mendapat bekalan air dan elektrik 24...

    Penduduk kampung tarik nafas lega kini mendapat bekalan air dan elektrik 24 jam

    SERIAN, 12 DISEMBER 2020 (sNN) : Penduduk Kampung Merakai, Serian kini boleh menarik nafas lega selepas penantian bekalan air dan elektrik 24 jam boleh dinikmati setelah siapnya projek liputan bekalan asas tersebut.

    Menteri Muda Utiliti Sarawak, Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom berkata, pihaknya berusaha membekalkan kawasan-kawasan pedalamn dengan bekalan air dan elektrik yang berterusan menjelang tahun 2025.

    “Penantian penduduk Kampung Merekai selama ini telah berakhir dengan siapnya projek pembinaan saluran paip bernilai RM5 juta sepanjang 12.8 kilometer pada Disember 2019 lalu.

    “Dalam masa yang sama, bekalan elektrik 24 jam juga sudah dinikmati oleh lebih 69 isi rumah di kawasan terbabit yang dilaksanakan melalui talian grid menerusi skim RES dengan jumlah kos sebanyak RM5.99 juta,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Projek Utiliti Merakai Bahagian Serian pada Khamis.

    Di majlis yang sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja, John Ilus yang hadir sama dalam program berkenaan merakamkan terima kasih kepada kerajaan negeri Sarawak atas keprihatinan yang diberikan disamping sumbangan sebanyak RM100,00 dari UNIFOR bagi baikpulih gereja Kampung Merakai.-Sumber UKAS.


    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    7 blok kediaman pekerja musnah dalam satu kebakaran

    0
    KUCHING, 27 JANUARI 2021 (SNN) : 7 buah blok rumah pekerja binaan musnah dalam satu kebakaran di Bormil Estate Jalan Keretapi di sini pada...