More
    Home Smart Parking App; Miri catat sejarah cipta aplikasi digital letak kereta

    Smart Parking App; Miri catat sejarah cipta aplikasi digital letak kereta

    MIRI, 13 OKTOBER 2020 (SNN) : Bandaraya Miri cipta sejarah buat kali pertama selepas berjaya mencipta aplikasi digital untuk tempat letak kereta yang dikenali sebagai Smart Parking Borneo App.

    Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew berkata, Aplikasi tersebut diperkenalkan sejajar dengan strategi pembangunan digital oleh kerajaan negeri melalui pelaksanaan Dasar Ekonomi Digital dan konsep Bandar Miri Pintar.

    “Konsep Miri Smart City ini mengandungi empat modul dalam usaha meningkatkan penyampaian perkhidmatan Majlis Bandaraya Miri (MBM) terutamanya menyediakan perkhidmatan mesra, segera dan tepat.

    “Ini akan meningkatkan usaha MBM dalam menjimatkan kos serta kepuasan pengguna,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Smart Parking Borneo App di perkarangan Tempat Letak Kereta di Hadapan Bangunan Pejabat Residen Lama, Miri pada Isnin.

    Sekitar majlis pelancaran yang turut dihadiri Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak

    Tambahnya, pengenalan aplikasi ini turut bersesuaian dengan norma kehidupan sekarang dan boleh dipraktikkan oleh masyarakat sejajar dengan usaha bersama mencegah penularan wabak Covid-19 yang mudah tersebar melalui sentuhan.

    Ujarnya, dengan adanya aplikasi ini pengguna tidak lagi perlu membayar lebih dan juga boleh digunakan untuk membayar kompaun tempat letak kereta.

    Turut hadir sama dalam majlis Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Dato Sri Dr. Sim Kui Hian, Menteri Muda Kerajaan Tempatan Sarawak Datu Dr. Penguang Manggil, Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Datu Antonio Kahti Galis, Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni dan Pemangku Residen Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf.-Sumber Ukas.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sarawak berada di kedudukan yang kukuh pimpin tangani isu perubahan iklim

    0
    KUCHING, 23 JANUARI 2025: Sarawak berada pada kedudukan yang kukuh untuk memimpin dalam menangani perubahan iklim, dipandu oleh komitmen terhadap pembangunan lestari dan pelepasan...