More
    Home Sesat: Tujuh pendaki selamat selepas gagal keluar dari landasan

    Sesat: Tujuh pendaki selamat selepas gagal keluar dari landasan

    KUCHING, 09 OGOS 2020 (SNN) : Tujuh individu yang di khuatiri sesat semasa mendaki Gunung Santubong selepas gagal dikesan keluar dari kawasan pergunungan pada sekitar 6.40 petang semalam selamat dijumpai di Teluk Belian.

    Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak menerusi satu kenyataan mengesahkan seramai tujuh anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya bersama sebuah bot penyelamat telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi operasi mencari dan menyelamat mangsa.

    Menurutnya, pasukan bomba pada awalnya melaporkan pihaknya bagaimanapun tidak menemui jejak mangsa di kawasan lokasi terakhir seperti yang dilaporkan.

    Selepas itu, katanya lagi, kesemua mangsa tersebut berjaya dikesan berada di Teluk Belian sekitar jam 7.40 petang setelah salah seorang daripada mangsa berjaya dihubungi oleh pihak petugas Kem Permai menerusi telefon bimbit.

    Terdahulu, mangsa yang terdiri daripada lima wanita dan dua lelaki yang dipercayai merupakan warga tempatan dilaporkan hilang selepas kelibat mereka gagal dikesan melaporkan diri di kaunter pendaftaran oleh pihak petugas kem Permai sekitar 6.40 petang.

    “Kesemua mangsa telah keluar melalui jalan hutan dan pantai dan berjaya sampai ke kem Permai pada jam 12.35 tengah malam,” jelasnya dalam satu kenyataan.

    Operasi mencari dan menyelamat ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.40 pagi.-Nizal.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Penganjuran Majlis Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri tonjolkan kualiti huffaz muda di...

    0
    KOTA SAMARAHAN, 26 FEBRUARI 2025: Majlis Hafazan Al-Quran Peringkat Sarawak 1446H/2025M yang dianjurkan di Dewan Suarah, Kota Samarahan telah melabuhkan tirainya dengan pencapaian membanggakan,...