More
    Home Sarawak Bintulu Seorang maut, dua buah lori bertembung di Tatau, Bintulu

    Seorang maut, dua buah lori bertembung di Tatau, Bintulu

    TATAU, 11 NOVEMBER 2020 (SNN) : Seorang pemandu lori disahkan maut dalam satu kejadian kemalangan melibatkan sebuah lori tanker dengan lori jenis Hino di Jalan Tatau-Bintulu, semalam.

    Ketua Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Supt Alexson Nanga Chabu berkata, kejadian berlaku akibat daripada lori tanker berlanggar dengan sebuah lagi lori yang datang dari arah bertentangan.

    “Mangsa, Indit Lunyong, 54 tahun, cedera di bahagian kepala dan badan maut di tempat kejadian selepas disahkan oleh Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Tatau.

    “Manakala tiga lagi penumpang tidak mengalami kecederaan dan proses mengeluarkan mangsa yang terhimpit berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba menggunakan Air Bag dan Hydrolic Ram,” katanya dalam satu kenyataan.

    Pihak bomba berjaya mengeluarkan mangsa yang maut tersepit akibat impak pelanggaran itu

    Ujarnya, mangsa yang yang tersepit berjaya dikeluarkan dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak teruskan usaha memperkasa bekalan elektrik di kawasan luar bandar

    0
    DARO, 22 FEBRUARI 2025 (SNN): Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan YAB Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg komited menyediakan kemudahan bekalan...