More
    Home Sarawak Samarahan Seorang lelaki disambar buaya ketika menjala

    Seorang lelaki disambar buaya ketika menjala

    KOTA SAMARAHAN, 26 MEI 2021 (SNN) : Seorang lelaki dikhuatiri disambar oleh seekor buaya ketika sedang menjala udang di sungai Kampung Naie Lama, Samarahan di sini pagi tadi.

    Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kota Samarahan, mangsa, Allistar Rabanie, 30 tahun, bersama ayah dan bapa saudaranya sedang menjala udang di muara sungai berkenaan.

    Menurut laporan awal, ketika kejadian sekitar jam 10.30 pagi itu mangsa bersama dua orang lagi berada di lokasi kira-kira satu kilometer dari tempat memulakan perjalanan sebelum jala yang digunakan bapa mangsa tersangkut dan meminta mangsa untuk menyelam bagi menarik jala berkenaan. Namun jala mangsa juga turut tersangkut dan menyelam semula sebelum disambar oleh buaya.

    “Bapa mangsa mula menyedari mangsa hilang dari pandangan selepas melihat mangsa disambar oleh seekor buaya hanya beberapa meter dari jarak mahgsa menyelam namun usaha untuk menolong mangsa gagal selepas mangsa terus hilang dari permukaan air.

    “Difahamkan tali jala yang digunakan mangsa diikat dipergelangan tangan dan dibawa tenggelam bersama. Usaha mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dilakukan dengan bantuan pihak kampung,” katanya dalam satu kenyataan.

    Pada jam 2.10 petang, bot penyelamat bomba bersama tiga anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahn sampai di pangkalan Kampung Naie Lama dan meneruskan usaha mencari mangsa.

    Bot bomba tiba dilokasi dan meneruskan usaha mencari mangsa.

    Setakat ini, belum ada apa-apa petunjuk berkenaan kehilangan mangsa. Semoga urusan mencari dan menyelamat mangsa dipermudahkan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sambutan Hari Air Sedunia: PETRA lulus 46 projek air di Sarawak...

    0
    KUCHING, 28 APRIL 2024 (SNN): Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bersetuju meluluskan 46 projek berkaitan air di Sarawak yang meliputi 33 projek...