More
    Home Sarawak Bintulu SABATI hulur sumbangan kepada Klinik Kesihatan Sebauh

    SABATI hulur sumbangan kepada Klinik Kesihatan Sebauh

    SEBAUH, 26 JULAI 2020 (SNN) : Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) menghulurkan sumbangan berbentuk kewangan kepada Klinik Kesihatan Sebauh bagi tujuan membeli keperluan dan peralatan klinik berkenaan dalam usaha mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) musim Covid-19.

    Antara kemudahan yang disediakan melalui sumbangan SABATI.Sumber Ukas

    Sumbangan berkenaan telah disampaikan oleh isteri kepada Menteri Utiliti Sarawak Datin Sri Loreta Sawot. Sumbangan berjumlah RM13,160.00 itu akan digunakan bagi membeli ‘sponge floormate’, kerusi kayu untuk tujuan pesakit luar serta kanopi khas tempat menunggu giliran berikutan kapasiti klinik berkenaan adalah sangat terhad.

    Turut hadir sama Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak Jenny Bangga dan Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Sebauh Dr Fatheen Quara’tuaini.-Sumber Ukas. Nizal.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak teruskan usaha memperkasa bekalan elektrik di kawasan luar bandar

    0
    DARO, 22 FEBRUARI 2025 (SNN): Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan YAB Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg komited menyediakan kemudahan bekalan...