More
    Home RM141.7 juta disuntik bagi bantu usahawan PKS Sarawak- Awang Tengah

    RM141.7 juta disuntik bagi bantu usahawan PKS Sarawak- Awang Tengah

    KUCHING, 04 FEBRUARI 2021 (SNN) : Kerajaan negeri di bawah pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengumumkan dana suntikan sebanyak RM141.7 juta melalui Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang 5.0 (BKSS 5.0) yang akan memberi manfaat kepada lebih 10,000 usahawan kecil dan sederhana di Sarawak.

    Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bercakap semasa sidang media di Kuching semalam memberitahu, BKSS 5.0 yang diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada bulan lepas bertujuan bagi membantu usahawan kecil dan sederhana menghadapi pandemik Covid-19 khususnya kesan yang diterima keatas perniagaan yang mereka jalankan.

    “Inisiatif suntikan dana sebanyak RM141.7 juta ini adalah salah satu daripada tujuh inisiatif yang diumumkan yang dijangka akan memberi manfaat kepada usahawan yang terkesan sepanjang pandemik melalui penyediaan program-program Tambahan RM50 juta di bawah Skim Kredit Mikro Sarawak (SKMS), Tambahan RM20 juta di bawah SKim Pinjaman PKS (SPIKS), menyediakan RM22.2 juta subsidi faedah bagi Targeted Relief and Recovery Faciliti (TRRF), menyediakan RM2.5 juta subsidi faedah bagi PENJANA Tourism Financing (PTF), tambahan RM20 di bawah Program Graduan Ke Aarah Keusahawanan (GERAK) dan Usahawan Teknikal dan Vikasional (USTEV), menyedia RM20 juta di bawah Program Go Digital Sarawak dan menyediakan RM2 juta di bawah Program Latihan Digital Marketing.

    “Kerajaan Sarawak turut memperuntukan sebanyak RM20 juta bagi melaksanakan Program Go Digital Sarawak dan RM2 juta untuk Program Latihan Digital Marketing yang bertujuan bagi membantu usahawan anak Sarawak meningkatkan produktiviti dan jualan disamping mengembangkan skop pemasaran produk mereka melalui digital,” katanya ketika sidang media Inisiatif Tambahan bagi PKS di bawah BKSS 5.0 pada Rabu.

    Jelas beliau, usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri ini dengan penyediaan dana-dana yang sedia ada adalah bertujuan bagi memastikan usahawan PKS dapat meneruskan aktiviti perniagaan disamping mengembangkan lagi skop pemasaran jualan mereka sepanjang menghadapi pandemik Covid-19 ini.-Sumber UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Komplek Wisma Melayu Sarawak milik AKYBMS kini capai kemajuan 30 peratus...

    0
    KUCHING, 29 MAC 2024 (SNN): Peratusan Projek Pembinaan Wisma Melayu milik Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) di Jalan Dilpomatik, Petra Jaya kini...