Rindok Sarawak Fringe 2019 : Budaya Mengeratkan Bangsa

0
167
Gambar kenangan bersama pelajar-pelajar UNIMAS sempena Program Rindok Sarawak Fringe 2019 telah diadakan di Plaza Merdeka, Kuching baru-baru ini.

KUCHING, 3 Disember 2019 (SNN) – Program Rindok Sarawak Fringe 2019 telah berjaya diadakan di Plaza Merdeka, Kuching pada 30 November 2019. Program ini telah dijalankan oleh pelajar Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) dan staf Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan kerjasama kerajaan Sarawak.

Program Rindok Sarawak Fringe merupakan salah satu daripada program di bawah inisiatif Universiti Malaysia Sarawak dalam memartabatkan budaya dan warisan masyarakat di Malaysia terutama di Sarawak.

Objektif utama program ini dijalankan adalah untuk memupuk kesedaran terhadap pertalian erat antara komuniti, sastera, budaya dan warisan dalam melestarikan ilmu pengetahuan dan kehidupan di era globalisasi kini, mempamerkan hasil kerja pelajar-pelajar yang mengikuti kursus-kursus di FBK yang berfokuskan komuniti, sastera, budaya dan warisan serta memberi pendedahan kepada pelajar berinteraksi dengan khalayak dan komuniti yang terlibat.

Tujuan program ini untuk meningkatkan pemahaman dan kesedaran orang ramai tentang kepentingan pemuliharaan budaya dan warisan di samping mempamerkan hasil karya mereka berdasarkan kursus-kursus yang diikuti.

Semua aktiviti yang telah dijalankan dengan bantuan infografik dan muzik serta tarian demi menarik minat orang-orang awam. Antara persembahan yang telah diadakan oleh pelajar-pelajar UNIMAS ialah seperti tarian india, tarian moden, tarian ngajat dan orkestra daripada UNIMAS Music Asgard Chinese Orchestra. Selain itu, terdapat juga pameran hasil karya pelajar-pelajar UNIMAS antaranya ialah Sarawak Ethnic Literature, National Culture, Bako National Park and Traditional Games, Reviving the Nostalgic of Books in the Digital World: Book-U hunt, Flashback of Traditional Food (Tea Evolution), Popular Culture and Religions, dan Popular Culture and Religious Fashion.

Program ini telah berjaya dilangsungkan dengan sambutan yang hebat daripada orang-orang awam dan kami berharap agar banyak lagi aktiviti seperti ini dijalankan untuk memupuk minat orang awam dalam meningkatkan pemahaman dan kesedaran orang ramai tentang kepentingan pemuliharaan budaya dan warisan dalam Malaysia terutama di Sarawak.

Aktiviti menwarna untuk kanak-kanak turut diadakan.
Aktiviti menwarna untuk kanak-kanak turut diadakan
Pengunjung sedang melakukan aktiviti menyusun puzzle.
Pengunjung sedang bermain permainan tradisi Melayu.
Pengunjung sedang bermain permainan tradisi Melayu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here