LUNDU, 08 JULAI 2020 (SNN): Residen Bahagian Kuching, Sherrina Hussaini melawat serta menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di kampung Sileng Melayu, Lundu.
Beliau yang hadir turut diiringi oleh Pegawai Daerah Lundu, Gustian Durani telah menyerahkan bantuan sebanyak RM2,000 kepada keluarga mangsa kebakaran, Mahada Che Ali yang telah diluluskan oleh Yayasan Sarawak.
Justeru, beliau berharap sumbangan itu dapat meringankan beban yang ditanggung selepas terkena musibah kebakaran yang memusnahkan tempat tinggal mereka.-Sumber Ukas. Nizal.