More
    Home Sarawak Samarahan Rekod Baru Angkat Berat Dicipta Pada Karnival Orang Kurang Upaya Sarawak (KOKUS)...

    Rekod Baru Angkat Berat Dicipta Pada Karnival Orang Kurang Upaya Sarawak (KOKUS) 2019

    Kota Samarahan, 25 November 2019 (SNN) : Atlet angkat berat dari kontinjen Sarikei iaitu Bryan Junency anak Gustin , 22 tahun yang merupkan atlet kebangsaan telah berjaya memecah rekod kebangsaan acara angkat berat kategori 72kg.

    Rekod kebangsaan adalah 170kg yang juga dipegang oleh beliau sendiri dan telah berjaya mencipta rekod baru dengan angkatan sebanyak 175kg. Karnival Orang Kurang Upaya Sarawak (KOKUS) 2019 sedang berlangsung di Universiti Malaysia Sarawak pada 25-27 November 2019 .

    Ia melibatkan tiga (3) kategori yang dipertandingkan iaitu kategori sukan, abilympics dan kebudayaan. Komplek Sukan UNIMAS telah dijadikan sebagai venue utama karnival yang melibatkan sukan olahraga, angkat berat, ping pong, badminton dan renang .

    Warga UNIMAS adalah dijemput untuk menyaksikan karnival ini yang bermula pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang . YB Datuk Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan , Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga Dan Pembangunan Kanak-Kanak turut menyaksikan karnival ini dan mengabadikan gambar kenangan bersama para peserta.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    8 Tahun Kepimpinan Abang Jo membawa Sarawak ke arah negeri maju...

    0
    KUCHING, 13 JANUARI 2025: Percaturan bijak yang diambil oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg...