More
    Home Sarawak Mukah Pusat Rawatan Berisiko Rendah Covid-19 ditubuh elak kesesakan di hospital

    Pusat Rawatan Berisiko Rendah Covid-19 ditubuh elak kesesakan di hospital

    MUKAH, 29 JANUARI 2021 (SNN) : Pusat Rawatan Berisiko Rendah Covid-19 ditubuhkan oleh Jawatankuasa Bencana Bahagian Mukah (JBBM) dengan kerjasama Hospital Mukah di Dewan Sukan Kem Belia Mukah bagi mengelakkan kesesakan di hospital.

    Residen Bahagian Mukah, Hamdiah Bakir memberitahu, pusat berkenaan ditubuhkan atas arahan pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak sebagai satu alternatif merawat pesakit yang berisiko rendah berikutan kesesakan di Hospital Bintuku dan Sibu dengan pesakit positif Covid-19.

    “Pusat tersebut akan disediakan dengan kemudahan seperti 50 tempat ruangan termasuk 25 buah katil bagi menempatkan pesakit yang akan dirawat.

    “Setelah siap kelak, tempat ini akan diserahkan sepenuhnya kepada pihak hospital bagi menjalankan rawatan kepada pesakit berisiko kategori satu (tiada gejala) dan kategori dua (bergejala ringan), “katanya ketika ditemui media semasa lawatan ke pusat berkenaan pada Khamis.

    Ujar beliau, di pusat itu kelak akan ditempatkan seramai 50 petugas kesihata setiap hari dalam dua shift termasuk Pegawai Perubatan, dua penolong pegawai perubatan, dua jururawat, RELA dan anggota polis.

    Proses nyahkuman sedang dijalankan oleh pihak bomba sebelum pusat itu boleh dioperasikan

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan negeri terus komited membangun dan menyediakan keperluan sekolah di Bahagian...

    0
    LIMBANG, 27 FEBRUARI 2021 (SNN) : Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus komited membangunkan dan memberi kemudahan ke atas...