More
    Home Sarawak Bintulu Dua sekolah di Bintulu ditutup selepas dikesan kes positif covid-19

    Dua sekolah di Bintulu ditutup selepas dikesan kes positif covid-19

    BINTULU, 30 JANUARI 2021 (SNN) : Dua buah sekolah di Bahagian Bintulu melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Bintulu dan SMK Kidurong diarahkan tutup selama seminggu selepas dikesan mempunyai kes positif Covid-19.

    Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu, Jack Aman Luat, sekolah yang dikesan mempunyai satu kes tersebut ialah SMK Bandar Bintulu dan kita terpaksa menutup sekolah berkenaan selama satu minggu bermula 29 Januari 2021 hingga 4 Februari 2021.

    “Buat masa ini hanya sekolah yang dikesan mempunyai kes positif covid-19 akan ditutup dan SMK Bandar Bintulu adalah sekolah ke dua selepas SMK Kidurong yang mula dikesan mempunyai kes positif pada 28 Januari lalu,” katanya dalam sidang medua JPBB pada Jumaat.

    Tambahnya, kita mempunyai dua buah sekolah yang terpaksa diarahkan tutup iaitu SMK Bandar Bintulu dan SMK Kidurong dan ini merupakan proses bagi memastikan kawasan berkenaan dapat dikawal dan dihapuskan penularan wabak tersebut.

    “Penutupan itu juga adalah bagi memastikan kedua-dua bangunan berkenaan dapat dioperasikan semula supaya proses pembelajaran pelajar disekolah terbabit tidak terjejas,” tegasnya.

    Turut hadir sama dalam sidang media adalah Ketua Polis Daerah Bintulu Supt Zulkipli Suhaili dan Pegawai Kesihatan Bahagian Bintulu Dr. Melvin Chung.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan negeri terus komited membangun dan menyediakan keperluan sekolah di Bahagian...

    0
    LIMBANG, 27 FEBRUARI 2021 (SNN) : Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus komited membangunkan dan memberi kemudahan ke atas...