More
    Home Sarawak Samarahan Pusat Mengumpul, Memproses dan Membungkus (CPPC) akan dibina di Sebuyau

    Pusat Mengumpul, Memproses dan Membungkus (CPPC) akan dibina di Sebuyau

    SEBUYAU, 30 SEPTEMBER 2020 (SNN) : Kerajaan Sarawak telah meluluskan untuk membina Pusat Mengumpul, Memproses dan Membungkus (CPPC) di Daerah Sebuyau dengan anggaran kos pembinaan sebanyak RM5 juta.

    Menteri Muda Pembangunan Pelabuhan Sarawak berkata, sebuah Agropark turut dicadangkan akan dibangunkan di kawasan sebuyau dengan menggunakan teknologi dan kaedah pertanian moden.

    Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau turut menjelaskan Agropark itu nanti memerlukan penglibatan para penduduk tempatan terutama generasi muda dari kalangan lepasan sekolah dan universiti tempatan.

    Penduduk sekitar Sebuyau hadir menyertai program AgriCOP untuk meningkatkan ilmu berkaitan pertanian

    Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Perasmian Penutupan Program Agriculture Community Outreach Programe (AgriCOP) DUN Sebuyau pada Selasa.

    Dalam majlis yang sama beliau turut menyampaikan sumbangan input pertanian kepada penduduk setempat.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan Wisma Melayu dijangka siap sepenuhnya pada tahun ini-Awang Tengah

    0
    KUCHING, 01 MAC 2025 (SNN): Projek pembinaan Wisma Melayu di Jalan Diplomatik, Petra Jaya yang akan menjadi mercu tanda kebudayaan masyarakat Melayu Sarawak kini...