More
    Home Sarawak Kapit Projek Jalan Nanga Menuan-Nanga Setepus Dijangka Memberi Manfaat Kepada Penduduk Setempat

    Projek Jalan Nanga Menuan-Nanga Setepus Dijangka Memberi Manfaat Kepada Penduduk Setempat

    KAPIT, 27 Ogos 2019 (SNN)- Projek Jalan Nanga Menuan-Nanga Setepus sepanjang 9.35km dijangka memberikan manfaat kepada penduduk di kawasan Menuan dan sekitarnya. Lawatan kerja ke tapak jalanraya Nanga Menuan-Nanga Setepus hari ini dilakukan oleh Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan Sarawak, Yang Berhormat Datuk Haji Julaihi Haji Narawi serta rombongan.

    Kos projek ini ialah sebanyak RM 53.0 juta dan dijangka dijadualkan siap dalam tempoh 30 bulan.

    “InsyaAllah, projek ini dijangka siap dalam tempoh 30 bulan, dan sebanyak 18 buah rumah panjang dan dua buah sekolah rendah akan mendapat faedah dari pembinaan jalanraya ini”, ujar Julaihi. Dua buah sekolah yang dimaksudkan adalah SK Lepong Menuan dan SK Sungai Menuan.

    Julaihi yang juga ADUN N.27 Sebuyau berkata, berikutan kemudahan jalan raya yang terbina itu, lebih banyak agenda pembangunan dapat dibawakan ke kawasan terbabit.

    “Siapnya jalan ini nanti bakal membawa satu ledakan perubahan yang cukup besar kepada penduduk di Kapit, bukan hanya dalam konteks pembangunan, bahkan juga sosioekonomi rakyat,” kata Julaihi lagi

    Hadir sama dalam lawatan kerja hari ini, Aexander Nanta Linggi, Ahli Parlimen Kapit, Jefferson Jamit ADUN Bukit Goram, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan Sarawak, Datu Safri Zainuddin , Anding Unchi  Jurutera JKR Bahagian Kapit, Ting Sing Loh Jurutera Kanan Jalan Raya JKR, serta beberapa jurutera JKR dan pemimpin tempatan dari kalangan rumah panjang kawasan sekitar.

    Julaihi mendengar penerangan tentang projek Jalan Nanga Menuan-Nanga Setepus bersama Aexander Nanta Linggi, Jefferson Jamit serta ahli rombongan yang lain

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...