More
    Home Sarawak Samarahan Projek Bandar Baharu Sebuyau Dimulakan Dengan Pembinaan Chalet

    Projek Bandar Baharu Sebuyau Dimulakan Dengan Pembinaan Chalet

    SEBUYAU (SNN) – Daerah Kecil Sebuyau, sebuah kawasan luar bandar pesisir, akan menyaksikan pembangunan yang dibanggakan dengan pembinaan sebuah bandar baharu dalam tempoh dua tahun sahaja.  Pembinaan Bandar Baharu Sebuyau telah diperuntukkan RM6.9 juta oleh Kerajaan GPS Negeri Sarawak di bawah kepimpinan YAB Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Hj. Openg pada tahun lepas.

    YB Datuk Hj. Julaihi Narawi, Menteri Muda Jalan Pesisir Sarawak merangkap wakil rakyat N27 Sebuyau telah menjelaskan perkara tersebut semasa merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Chalet Sebuyau pada 12 Januari 2019.  Ini merupakan pelancaran memulakan Projek Bandar Baharu Sebuyau.  Majlis tersebut telah dihadiri oleh Residen Samarahan, Hj. Berahim Lumpu;  Setiausaha, Majlis Daerah Simunjan, Geofry Bin Ramji;   Pengurus Besar, PELITA, Datu Sajeli Kipli;  Pegawai Tadbir Sarawak,  Ajis Ahmad; para juru perunding dan pemimpin tempatan.

    Julaihi Narawi menerima cenderamata sambil disaksikan oleh tetamu kehormat.

    Julaihi berkata projek tersebut adalah projek untuk rakyat, khususnya di Daerah Kecil Sebuyau dan orang ramai secara umum.  Apabila siap nanti Chalet Sebuyau ini akan menyediakan kemudahan penginapan, persinggahan dan rehat bagi orang ramai yang semakin gemar menggunakan lebuh raya pesisir melalui Feri Sebuyau-Triso.

    Chalet Sebuyau ini mempunyai bangunan utama dan restoran yang mampu menampung 80 orang pelanggan pada satu-satu masa, ruang legar boleh memuatkan seramai 50 orang, ruang pejabat untuk 6 orang serta sebuah dewan persidangan untuk seramai 60 orang.  Terdapat juga sebuah dewan serbaguna untuk 200 orang, pentas, bilik persalinan untuk 15 orang.

    Rumah penginapan pula terdiri dari 4 buah detached, 7 buah semi-detached, 3 buah berkelompok dan 2 buah asrama. Kesemuanya dijangka boleh memuatkan seramai 84 orang pada satu-satu masa.

    Susun atur projek chalet Sebuyau

    Projek ini akan dibina oleh syarikat Medansains Jaya Sdn Bhd yang telah berjaya dalam tender terbuka dan telus.

    Chalet Sebuyau ini terletak di tepi laluan Jalan Pesisir, sebelah Jambatan Sebuyau  dan berhampiran dengan Pangkalan Feri Sebuyau-Triso di Batang Lupar.

    Julaihi juga menerangkan bahawa Bandar Baharu Sebuyau mengandungi beberapa komponen yang terdiri dari masjid, klinik dan rumah kedai. Projek ini sudah pasti akan memodenkan dan meriahkan pekan Sebuyau sekarang demi keselesaan rakyat dan juga akan membuka peluang pekerjaan dan perniagaan.  Sebuyau yang terkenal dengan hasil laut, khususnya ikan terubok dan kelapa pasti akan menarik orang ramai, khususnya dari Bandar Raya Kuching dan Kota Samarahan.

    Sanifa
    Chief Editor

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Penduduk yang terjejas di kawasan PKP akan terima bantuan makanan dari...

    0
    KUCHING, 19 JANUARI 2021 (SNN) : Bahagian Sibu yang kini berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga hujung Januari ini memberi kesan terhadap aktiviti...