More
    Home Sarawak Betong Program Transformasi Belia ‘Kawanku Sayang, Keluargaku Kenang’ Tingkat Jati Diri Remaja dan...

    Program Transformasi Belia ‘Kawanku Sayang, Keluargaku Kenang’ Tingkat Jati Diri Remaja dan Belia Kabong

    KABONG, 29 Disember 2019 (SNN) : Program Transformasi Belia bertemakan ‘Kawanku Sayang, Keluargaku Kenang’ anjuran Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak telah berlangsung semalam 28 Disember hingga hari ini, 29 Disember berjaya meningkatkan jati diri di kalangan remaja dan belia di kawasan Kabong.

    Program ini bertempat di pantai Tanjung Kembang Kabong adalah merupakan program anjuran bersama Saberkas Negeri Sarawak dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Sarawak bersama Saberkas Cawangan Kabong dan Pusat Khidmat ADUN N.40 Kabong.

    Program ‘Kawanku Sayang, Keluargaku Kenang’ merupakan satu program motivasi belia yang menggunakan pendekatan yang lebih santai. Modul program ini diilhamkan khas untuk menarik minat golongan remaja dan belia untuk mula mengikuti program dan aktiviti seterusnya mendedahkan mereka untuk berpersatuan dan hidup bermasyarakat. Pengisian program lebih kepada membawa peserta untuk berfikir dengan sendiri melalui tugasan dan permainan yang diberikan. Rumusan yang dibuat hasil dari tugasan dan permainan yang diberikan adalah berkaitan dengan kehidupan sebenar.

    Mohd Chee Kadir semasa datang merasmikan Majlis Penutupan Rasmi Program Transformasi Belia ‘Kawanku Sayang, Keluarga Ku Kenang’ di Pantai Tanjung Kembang
    Sesi Sembang Belia bersama Yang Berhormat ADUN N.40 Kabong, Encik Mohd Chee Bin Kadir

    Di akhir program adalah diharapkan agar hubungan kumpulan peserta ini akan lebih utuh dari segi perpaduan sesama mereka dan setiap peserta akan menjadi seorang belia yang lebih bertanggungjawab, berkeyakinan diri, sikap setia kawan serta mempunyai semangat berpasukan yang tinggi.

    Antara objektif program ini adalah memberi kesedaran, informasi, peluang, kasih sayang dan menyemai nilai-nilai murni. Selain itu dapat membantu peserta lebih mengenali jati diri, memahami serti menyanyangi kawan dan keluarga yang sebenar, serta membantu memupuk semangat perpaduan serta semangat berpasukan yang mantap di kalangan peserta.

    Seramai 90 orang peserta dan 20 fasilitator terlibat dalam program dua hari tersebut. Hari pertama program dimulakan seawal jam 8.00 pagi dengan sesi pendaftaran, seterusnya sesi “ice breaking” disusuli dengan agihan kepada beberapa kumpulan. Sebelum itu, simbolik penyerahan 90 peserta dari kawasan DUN Kabong telah dilakukan oleh Encik Senen bin Wang, Timbalan Pengerusi Saberkas Cawangan N.40 Kabong kepada saudara Sulhie bin Salleh, Penolong Setiausaha Agung Saberkas Negeri Sarawak.

    Salah seorang peserta bertanya soalan semasa Sesi Sembang Belia bersama Yang Berhormat ADUN N.40 Kabong, Encik Mohd Chee Bin Kadir
    Salah satu slot acara pada hari kedua

    Selain sesi “ice breaking”, antara slot acara pada hari pertama adalah slot “Ilmu Hidup”, slot “Kawan Ku Sayang”, slot “Rentasan Masa/ Sayang Sarawak”, slot “Obstacle” serta slot “Youth Got Talent”.

    Hari kedua bermula dengan sesi senaman seawal jam 6 pagi, diikuti slot ‘Keluargaku Sayang” dan diikuti slot “Pengukuhan”. Kemudian diikuti dengan Sesi Sembang Belia bersama Yang Berhormat ADUN N.40 Kabong, Encik Mohd Chee Bin Kadir. Program berakhir dengan Majlis Penutupan Rasmi Program Transformasi Belia ‘Kawanku Sayang, Keluarga Ku Kenang’ serta Majlis Penyampaian Sijil dan Cenderamata yang disempurnakan oleh Yang Berhormat  Encik Mohd Chee Bin Kadir.

    Turut hadir pada sesi penutupan hari ini ialah Encik Ahmad Sabree Bin Salleh, mewakili Pegawai Daerah Kabong, Encik Senen Bin Wang, Timbalan Pengerusi SABERKAS Cawangan N.40 Kabong, Encik Sulhie Bin Salleh, Penolong Setiausaha Agung SABERKAS Negeri Sarawak, Ahli-Ahli Majlis Daerah, dan juga ketua-ketua masyarakat.

    Salah satu pengisian  slot acara pada hari kedua
    Salah satu pengisian  slot acara pada hari pertama

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerjasama Sarawak dengan Mitsubishi Power bukti kukuh untuk wujudkan ekonomi berasaskan...

    0
    HYOGO, 19 DISEMBER 2024: Industri hidrogen akan memainkan peranan transformatif dalam landskap tenaga global dan Sarawak komited untuk berada di barisan hadapan dalam evolusi...