More
    Home Sarawak Samarahan Program simulasi banjir beri pendedahan kepada masyarakat persediaan pengurusan bencana

    Program simulasi banjir beri pendedahan kepada masyarakat persediaan pengurusan bencana

    KOTA SAMARAHAN, 17 DISEMBER, 2020 (SNN) : Program simulasi banjir wajar dilaksanakan kerana ilmu terhadap persediaan pengurusan bencana amat penting dipelajari oleh setiap penduduk kampung khususnya mereka yang berada di kawasan yang terdedah dengan fenomena berkenaan.

    Menurut Ahli Dewan Undangan (ADUN) Muara Tuang, Dato Idris Buang, persiapan serta latihan yang diberikan ini bertujuan untuk memastikan mereka bersedia sekiranya berlaku sebarang kemungkinan musibah kelak.

    “Bagi Daerah Samarahan sahaja terdapat hampir 20 pusat pemindahan banjir telahpun dikenalpasti bagi menempatkan mangsa-mangsa yang terjejas akibat bencana berkenaan.

    “Setiap penduduk perlu sentiasa berjaga-jaga dan membuat persiapan awal dalam menghadapi bencana banjir sebelum kedatangan bantuan dari agensi yang bertanggungjawab,” katanya semasa Majlis Persediaan Banjir, Kecemasan dan Latihan ‘Community Emergency Response Team (CERT)’ 2020 bagi kawasan Kota Samarahan pada Rabh.

    Dalam masa yang sama, Pegawai Daerah Samarahan, Annuar Da’an memberitahu, program simulasi dan latihan CERT yang dianjurkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Samarahan di bawah Pejabat Daerah Samarahan ini bertujuan memberi kesedaran dan kesiapsiagaan kepada penduduk sekitar terhadap sebarang kemungkinan bencana yang boleh berlaku pada bila-bila masa.-Sumber UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    RUU yang diluluskan semasa persidangan DUN baru-baru ini beri impak besar...

    0
    KUCHING, 10 JANUARI 2025: Kelulusan beberapa Rang Undang-Undang (RUU) baharu semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada bulan Mei dan November tahun lalu...