More
    Home Sarawak Samarahan Program Membaca Bersama Ibu, 33 Peserta Terima Sijil

    Program Membaca Bersama Ibu, 33 Peserta Terima Sijil

    KOTA SAMARAHAN, 9 Julai 2020 (SNN): Seramai 33 orang peserta terdiri dari golongan ibu para pelajar dari S.K.St.Patrick, Bau, berjaya menamatkan Program Membaca Bersama Ibu, yang dijalankan oleh Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UNIMAS, sejak dua tahun lepas.

    Para peserta antara ibu-ibu kepada 36 orang pelajar sekolah berkenaan yang terpilih oleh untuk menyertai program tersebut sejak tahun 2018 lagi dan ia merupakan salah satu program murni FBK UNIMAS bersama masyarakat setempat di kawasan Bau.

    Program tersebut dijalankan menggunakan  Geran Penyelidikan Khas- Top Down  telah diketuai oleh Dekan FBK UNIMAS, Profesor Dr. Ambigapathy Pandian, dan dibantu oleh kakitangan akademik FBK UNIMAS iaitu Dr. Joseph Ramanair, Profesor Madya Dr. Soubakeavathi Rethinasamy, Encik Damien Mikeng, Encik Dexter Sigan John, Puan Erlinda Mikal dan Cik Keezrawati Mujan Yusuf.

    Sepanjang dua tahun menjayakan program tersebut, pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti  bengkel membaca untuk golongan ibu, bengkel bahasa bersama murid dan lawatan sambil belajar ke fakulti pada Hari Terbuka Fakulti 2019.

    Malahan, kumpulan penyelidik yang diterajui Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi Profesor Dr Ambigapathy Pandian turut berjaya menerbitkan enam hasil penulisan jurnal dan sebuah buku rujukan masyarakat lagi masih dalam proses penerbitan.

    Sehubungan dengan selesainya Program Membaca Bersama Ibu bersama S.K. St Patrick Bau, pihak fakulti telah berbesar hati menyampaikan sijil penghargaan serta bantuan kepada para peserta pada hari kelmarin.

    Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Naib Cancelor UNIMAS, Profesor  Datuk Dr Mohammed Kadim bin Suaidi, dan disaksikan oleh Majlis Dekan, UNIMAS Global, Guru Besar S.K. St. Patrick En Bhill Diway, guru-guru dan wakil ibu-ibu.

    Sumber : UNIMAS Global

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...