More
    Home Sarawak Samarahan Program Cinta Ilmu Tarik Minat Membaca dan Pupuk Kecintaan Kepada Ilmu

    Program Cinta Ilmu Tarik Minat Membaca dan Pupuk Kecintaan Kepada Ilmu

    KOTA SAMARAHAN, 05 Mei 2019 (SNN) – Program Cinta Ilmu ternyata mampu menarik minat membaca serta memupuk kecintaan kepada ilmu. Justeru sebagai usaha menyemarakkan program membaca, Pusat Khidmat Maklumat Akademik (PKMA), UNIMAS telah mengambil inisiatif menganjurkan Program Cinta Ilmu selama dua hari bermula 29 April lepas sebagai menyokong Read@UNIMAS dan menarik minat membaca dan memupuk kecintaan kepada ilmu dalam kalangan warga UNIMAS.

    Objektif program adalah untuk menyemarakkan semangat membaca dalam kalangan warga UNIMAS, memupuk kecintaan kepada ilmu pengetahuan, menggalakkan kempen menderma buku dalam kalangan warga UNIMAS serta meningkatkan kesedaran budaya membaca di kalangan masyarakat.

    Antara aktiviti diadakan seperti gimik perasmian, Jom Baca 10 minit, Read Out Loud  yang dilakukan oleh tiga orang pelajar dari sekolah SK St. Martin, SK Empila dan SK Dato Mohd Musa Samarahan, persembahan nyanyian oleh Adik Sofia Arissa, Read and Write with Emerald, pameran dan jualan buku dan cenderahati, jualan makanan dan minuman (food truck).

    Istimewanya Program Cinta Ilmu kali ini turut dihadiri oleh  Miss Planet International 2019, Cik Viviana Lin Watson,19, yang telah mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa untuk Miss Planet International pada 1 Mac 2019 di Cambodia dan telah merangkul anugerah 2nd runner up Miss Planet International 2019 bersandarkan minat membaca yang mendalam dan mempunyai pengetahuan am yang luas.

    Pihak PKMA yakin kehadiran Vivian dapat menjadi model membaca bagi golongan muda di samping meningkatkan keterlibatan beliau dalam menjalankan tanggungjawab sebagai Miss Planet International 2019 di kalangan masyarakat.

    Program Cinta Ilmu kali ini turut dihadiri oleh  Miss Planet International 2019, Cik Viviana Lin Watson yang berkongsi pengalamannya dengan para pelajar

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    TBS perkenal kaedah pembayaran zakat fitrah melalui kod QR

    0
    KUCHING, 20 FEBRUARI 2025:Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) memperkenalkan kaedah baharu pembayaran Zakat Fitrah melalui Kod QR sebagai alternatif kepada pembayaran tunai. Inisiatif tersebut dijalankan dengan...