More
    Home Sarawak Samarahan PRN Sarawak tidak tergesa-gesa perlu kaji keselamatan pengundi- Ketua Menteri

    PRN Sarawak tidak tergesa-gesa perlu kaji keselamatan pengundi- Ketua Menteri

    KOTA SAMARAHAN, 04 NOVEMBER 2020 (SNN) : Pilihan Raya Negeri ke-12 tidak dapat dielakkan sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan dan akan diadakan pada bila-bila masa.

    Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, berikutan pengumuman YAB Perdana Menteri baru-baru ini berkenaan PRN Sarawak beliau menjelaskan keputusan untuk mengadakan pilihan raya itu belum diketahui bila tarikhnya.

    “Sebelum pilihan raya ditetapkan dan dilaksanakan kita perlu melihat serta mengutamakan kesihatan pengundi terlebih dahulu dengan mendengar pandangar pakar dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

    “Kesihatan rakyat Sarawak lebih penting ekoran penularan pandemik Covid-19 semakin meruncingkan dan saya telah menjelaskan perihal ini sebelum ini,” katanya ketika semasa sidang media selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Bahagian Samarahan di Dewan Suarah, Kota Samarahan, pada Selasa.

    YAB Ketua Menteri menjelaskan perkara itu semasa sidang media di Dewan Suarah Samarahan.

    Tambah beliau, kita perlu mendapatkan nasihat daripada pakar kesihatan untuk melaksanakan pilihan raya negeri dengan mengaplikasikan norma baharu dan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tidak ada keperluan untuk menyengerakan pilihan raya diadakan dalam masa terdekat.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Manfaatkan tanah NCR sebaik mungkin jangan dijual demi keuntungan sementara-Awang Tengah

    0
    BAU, 29 NOVEMBER 2024: Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak berjaya menyukat secara perimeter seluas lebih kurang 1,168,123 hektar (2.8 juta ekar) tanah Hak...