More
    Home Sarawak Samarahan PPS Entangor, Sebuyau dibuka 37 mangsa terjejas banjir

    PPS Entangor, Sebuyau dibuka 37 mangsa terjejas banjir

    SEBUYAU, 04 FEBRUARI 2021 (SNN) : Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kampung Entangor dibuka hari ini ekoran air mulai naik sejak hujan lebat tanpa henti sejak Selasa lalu sehingga menjejaskan lebih 37 mangsa di kawasan berkenaan.

    Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memberitahu, tinjauan daripada pasukan RELA dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) setakat pagi ini memaksa mangsa daripada 10 buah rumah terpaksa dipindahkan ke tepi jalan sebelum dimasukkan ke PPS ekoran paras air semakin menaik.

    JPBN Sarawak menasihatkan agar penduduk kampung khususnya mereka yang tinggal di kawasan rendah berisiko terkesan akibat banjir sentiasa berwaspada dan awas dengan fenomena air naik akibat hujan serta air pasang bagi mengelakkan berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

    Air melimpah masuk ke kawasan kediaman mangsa di Kampung Entangor, Sebuyau.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    22 JULAI, 31 OGOS DAN 16 SEPTEMBER PADA TAHUN 1963: APAKAH...

    0
    MASIH ADA LAGI orang bertanyakan apakah dan mengapakah warga Malaysia merayakan tiga tarikh ini. Semua tarikh ini begitu dekat di antara satu dengan yang...