More
    Home Sarawak Samarahan PKPD; Penduduk Kampung Sindang Baru, Samarahan patuh arahan JPBNS

    PKPD; Penduduk Kampung Sindang Baru, Samarahan patuh arahan JPBNS

    KOTA SAMARAHAN, 28 MEI 2021 (SNN) : Berikutan terdapat peningkatan kes jangkitan tempatan Covid-19 termasuk beberapa kes dikesan secara rawak sejak beberapa hari yang lalu, lebih 1,250 penduduk di Kampung Sindang Baru, Samarahan terpaksa dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula hari ini hingga 10 Jun 2021.

    Keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan media petang semalam selepas kawasan berkenaan merekodkan 11 kes positif dalam kalangan komuniti akibat dari pergerakan sosial termasuklah aktiviti menziarahi semasa Hari Raya Aidilfitri.

    Sejak pagi tadi, tiga buah khemah telah didirikan bagi tujuan sekatan dan pemantauan supaya penduduk tidak keluar dari kediaman mereka dan kawasan kampung disamping menyekat kemasukan orang luar ke kawasan kampung berkenaan.

    Hari pertama pelaksanaan PKPD menadapati semua penduduk kampung akur dan terkawal dimana pergerakan keluar dari rumah berkurangan dan masing-masing mengambil langkah berjaga-jaga susulan kes positif terus meningkat.

    Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kota Samarahan menasihati orang ramai khususnya mereka yang berada di bawah PKPD untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.-SUMBER UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sambutan Hari Air Sedunia: PETRA lulus 46 projek air di Sarawak...

    0
    KUCHING, 28 APRIL 2024 (SNN): Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bersetuju meluluskan 46 projek berkaitan air di Sarawak yang meliputi 33 projek...