More
Home Perumahan Darul Hana Bakal Dilengkapi Sekolah Pintar

Perumahan Darul Hana Bakal Dilengkapi Sekolah Pintar

KUCHING, 18 November 2019 (SNN): Fasa pertama projek perumahan Darul Hana di Kuching dijangka siap sepenuhnya menjelang suku ketiga tahun 2020 bersama pembangunan sekolah pintar.

Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, setakat ini pembinaan melibatkan fasa pertama itu berjaya mencapai 70 peratus dan mengikut jadual ditetapkan. Jumlah 70% itu adalah terdiri daripada rumah-rumah pelbagai bentuk dalam Blok 1A dan 2A yang dijangka siap sepenuhnya menjelang suku ketiga tahun depan

Jelasnya, konsep pembinaan kediaman di Darul Hana merangkumi rumah 14 reka bentuk, antaranya rumah dua tingkat, rumah berkembar dan rumah teres setingkat.

“Fasa pertama projek ini dijangka siap sepenuhnya pada suku ketiga 2020 dan semua keluarga dari tiga buah kampung terlibat akan berpindah ke rumah masing-masing,” katanya semasa ditemui media selepas melakukan lawatan bersepadu ke Tapak Projek Perumahan Darul Hana di sini hari ini bersama wakil-wakil agensi pelaksana dan ketua-ketua masyarakat.

Sementara itu, beliau memberitahu, projek perumahan Darul Hana tidak terbuka kepada masyarakat umum sebaliknya hanya untuk penduduk dari perkampungan Seberang Hilir sahaja.

“Rumah ini tidak dijual kepada orang awam, rumah-rumah ini dibina khas untuk masyarakat yang tinggal dari Seberang Hilir bermula dengan penduduk dari tiga kampung.

“Jadi rumah ini tidak ditetapkan harga untuk penduduk kampung mereka hanya pindah masuk ke rumah ini dan ditukar ganti dengan tanah sedia ada,” katanya.

Infrastruktur perumahan ini dilengkapi dengan jaringan fiberoptik untuk kemudahan internet dan sistem ‘smart metering’ untuk utiliti elektrik dan air. Darul Hana akan dibangunkan dengan kemudahan ICT bagi menjadi sebuah bandar pintar (smart township) pada masa depan.

Dr Abdul Rahman semasa melawat projek perumahan Darul Hana di Kuching yang dijangka siap sepenuhnya menjelang suku ketiga tahun 2020

Sementara itu dalam perkembangan yang sama, dalam membangunkan Darul Hana sebagai sebuah bandar pintar, sebuah sekolah rendah pintar akan dibangunkan di perumahan Darul Hana.

Sehubungan dengan itu, Sekolah Kebangsaan (SK) Pulo di Kampung Semerang akan dipindahkan ke kawasan berkenaan sebagai sebuah sekolah pintar. Jelasnya, beliau telah mengadakan perbincangan dengan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri berhubung perkara tersebut.

“Hasil perbincangan, persetujuan telah tercapai dan SK Pulo yang terletak di Kampung Semarang akan dipindah ke kawasan Darul Hana ini dan dengan pembinaan struktur bangunan sekolah ini akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Sarawak,” katanya.

Dr Abdul Rahman menambah, projek sekolah pintar tersebut masih lagi dalam peringkat proses reka bentuk.

“Tapak seluas 5 ekar juga sudah dikenalpasti bagi pembinaan sekolah tersebut, tetapi penekanan kita adalah untuk menjadikan sekolah ini sebagai sekoolah pintar.

“Antara lain, SMK Tun Abang Haji Openg yang akan terletak berhampiran SK Pulo nanti juga ditransformasikan sebagai sekolah pintar,” jelasnya.

Dr Abdul Rahman turut mendengar taklimat berkenaan perkembangan projek perumahan Darul Hana

Leave A Reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Must Read

Penganjuran Majlis Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri tonjolkan kualiti huffaz muda di...

0
KOTA SAMARAHAN, 26 FEBRUARI 2025: Majlis Hafazan Al-Quran Peringkat Sarawak 1446H/2025M yang dianjurkan di Dewan Suarah, Kota Samarahan telah melabuhkan tirainya dengan pencapaian membanggakan,...