More
    Home Sarawak Kuching Pertemuan Sarawak-Brunei, 12 perkara dibincang berkait kepentingan kedua-dua pihak

    Pertemuan Sarawak-Brunei, 12 perkara dibincang berkait kepentingan kedua-dua pihak

    KUCHING, 25 JANUARI 2022 (SNN): Kerajaan Sarawak dan Brunei mengadakan perbicangan bagi membincangkan 12 perkara dalam meningkatkan hubungan dua hala wilayah berkenaan.

    Pejabat Premier Sarawak dalam kenyataannya memberitahu, salah satu perkara yang akan dibincangkan adalah Sarawak mahu melanjutkan masa operasi di Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) Merapok dan Sindumin sehingga 12 malam.

    Ini bertujuan bagi memudahkan pergerakan dari wilayah ini yang melalui Brunei untuk ke Kota Kinabalu, Sabah.

    Menurut kenyataan itu, waktu operasi kembali seperti biasa iaitu mulai jam 6 pagi sehingga 12 malam.

    “Proses digital digunakan di CIQS untuk mempercepatkan urusan pergerakan ke arah memperluaskan Program Kerap Melancong Brunei-Malaysia (BMFTP),” kata kenyataan itu lagi.

    Kenyataan itu turut memberitahu, perkara itu dibincangkan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika berada di negara jiran itu sempena lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selama dua hari mulai hari ini.

    Perdana Menteri turut menghadiri mesyuarat pra-majlis itu. Hadir sama, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.-Foto Pejabat Premier Sarawak.

    Intipati lain mesyuarat ialah Sarawak juga mencadangkan pembinaan jalan baharu dari Lumapas di Brunei ke Pendam, Limbang yang akan diintegrasikan dengan Lebuh raya
    Pantai Utara (NCH).

    Selain itu, Sarawak juga mahu mengukuhkan Jawatankuasa Bersama Sarawak-Brunei di peringkat kementerian dan akan dibantu oleh Kumpulan Kerja Bersama di peringkat pegawai kanan bagi hubungan dua hala.

    Perkata lain termasuk mempercepatkan kerja-kerja persempadanan dan ukur sempadan tanah antara Malaysia dan Brunei.

    Selain itu, Sarawak turut mengalu-alukan Brunei untuk Pembangunan Sempadan Bersama di sepanjang lebuh raya bagi harta komersial dan taman perindustrian.

    Selain itu, mempromosikan produk tempatan secara global.

    Sarawak sedang membangunkan perhubungan infrastruktur di wilayah utara dan akan disepadukan dengan rangkaian jalan raya Brunei.

    Selain itu, Sarawak menawarkan menjual air mentah dan terawat kepada Brunei untuk kegunaan pertanian dan domestik.

    Selain itu, membantu Brunei mencapai sasaran 10 peratus campuran penjanaan yang akan dikuasakan oleh tenaga boleh diperbaharui menjelang 2035 menerusi inisiatif Perjanjian Paris.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan pinda undang-undang berkaitan benarkan sektor swasta ambil bahagian dalam aktiviti...

    0
    KUCHING, 03 MEI 2024: Kerajaan Sarawak telah meminda undang-undang berkaitan bagi membenarkan sektor swasta mengambil bahagian dalam aktiviti penjanaan kuasa di negeri ini. Premier Sarawak,...