More
    Home Persatuan Rumpun Silat Sarawak (RSS) organisasi memartabatkan budaya seni Melayu Sarawak

    Persatuan Rumpun Silat Sarawak (RSS) organisasi memartabatkan budaya seni Melayu Sarawak

    KUCHING, 29 DISEMBER 2020 (SNN) : Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti & Ombudsman) Datuk Talip Zulpilip menerima kunjungan hormat daripada rombongan Rumpun Silat Sarawak (RSS) pada Isnin.

    Rombongan yang diketuai Timbalan Presiden, Dato’ Muhamad Yusnar Matalie itu bertujuan bagi memperkenalkan persatuan itu sebagai badan yang diiktiraf bagi setiap program mahupun aktiviti silat di Sarawak.

    Daruk Talip berkata, selain memartabatkan seni silat, RSS juga turut membantu dalam menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan persatuan yang akan mengangkat tradisi dan budaya Melayu di negeri ini.

    Tambah beliau, kementeriannya bersedia untuk membantu jika diperlukan dalam perancangan serta pengisian aktiviti yang dilaksana oleh RSS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    KETEQ AI peranti penukar kuasa berasaskan (AI) pertama seumpamanya di dunia...

    0
    CARDIFF, 30 APRIL 2025: Kerajaan Sarawak mencatat satu lagi pencapaian penting dalam bidang teknologi global apabila memperkenalkan KETEQ AI iaitu peranti penukar kuasa berasaskan...