MIRI, 23 DISEMBER 2020 (SNN) : Persatuan Melayu Miri menyerahkan sumbangan berupa pelitup muka dan keperluan lain kepada beberapa buah masjid di sekitar bandaraya Miri.
Menurut wakil persatuan tersebut, sebanyak 15,500 pelitup muka telah diagihkan dalam program agihan pelitup muka Persatuan Melayu Miri kepada masjid-masjid dan surau di bahagian miri.
Salah satu masjid yang menerima sumbangan tersebut adalah Masjid Jalan Merbau, Miri dan Ahli Jawatankuasa masjid menzahirkan terima kasih kepada pihak persatuan kerana prihatin atas keperluan tersebut tambah-tambah lagi negara masih dilanda pandemik Covid-19.