More
    Home Sarawak Samarahan Masjid Kampung Seruyuk yang siap dibina akan beri manfaat kepada penduduk dan...

    Masjid Kampung Seruyuk yang siap dibina akan beri manfaat kepada penduduk dan pengguna jalan raya

    SEBUYAU, 23 DISEMBER 2020 (SNN) : Pembinaan Masjid Darul Hidayah Kampung Seruyuk yang telah siap serta dirasmikan oleh Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Julaihi Narawi pagi tadi akan memberi manfaat kepada penduduk sekitar termasuk pengguna jalan raya yang ingin singgah menunaikan sembahyang.

    Masjid yang bernilai RM899,000 di bawah Projek Pembangunan Luar Bandar (RTP) itu mampu menampung sebanyak 500 jemaah dalam satu masa.

    Datuk Julaihi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau berkata, dengan adanya masjid yang mempunyai kapasiti lebih besar dan dilengkapi dengan kemudahan yang lengkap diharapkan dapat merapatkan ukhwah penduduk kampung berkenaan dengan menjalankan pelbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan.

    Dalam majlis yang sama, beliau turut menyampaikan sumbangan bernilai RM1,000 daripada pihak Baitulmal Sarawak kepada 7 buah masjid dan 14 buah surau di kawasan terbabit.

    Turut disampaikan geran MRP bernilai RM15,000 kepada Ahli Jawatankuasa Masjid Darul Hidayah untuk melaksanakan program kemasyarakatan serta simbolik penyerahan sejadah sebagai tanda rasmi siapnya pembinaan masjid itu.

    Datuk Julaihi merasmikan masjid dengan menandatangani plak rasmi

    Turut hadir sama Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Transformasi Sosio Ekonomi), Dato Sri Abu Bakar Marzuki, Residen Bahagian Samarahan, Brahim Lumpu, Pegawai Daerah Simunjan, Abdul Khalid Manap, Pegawai Agama Islam Bahagian Samarahan, Ustaz Hazimin Shakir Sait, Ketua Kaum Kampung Seruyuk, Umar Ismail serta Pemanca Asli Yahya.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan terus pastikan rakyat memiliki rumah selesa melalui PPRMS

    0
    LAWAS, 24 JANUARI 2021 (SNN) : Projek Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS) yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri sejak dulu akan terus dilaksanakan dalam...