More
    Home Sarawak Bintulu Penumpang tersepit dalam satu kemalangan di Jalan Smarakan, Bintulu

    Penumpang tersepit dalam satu kemalangan di Jalan Smarakan, Bintulu

    BINTULU, 12 DISEMBER 2020 (SNN) : Seorang wanita cedera dan tersepit di bahagian penumpang kenderaan selepas terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Samarakan, Bintulu semalam.

    Menurut Jurucakap Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 11.32 pagi sebelum mengerahkan sembilan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu ke lokasi kejadian.

    “Setibanya di lokasi terdapat dua buah kenderaan iaitu kereta jenis Proton Wira dan pacuan empat roda jenis Hilux terbabas di bahu jalan akibat pertembungan dan didapati seorang mangsa tersepit di bahagian penumpang.

    “Pihak bomba terpaksa mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan rescue tool,” katanya dalam satu kenyataan.

    Ujarnya, mangsa yang berjaya dibawa keluar itu kemudiannya diberi rawatan oleh petugas kesihatan yang turut berada di lokasi sebelum merujuk mangsa ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.

    Mangsa yang tersepit diberi rawatan kecemasan pertama sebelum dirujuk ke Hospital.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak teruskan usaha memperkasa bekalan elektrik di kawasan luar bandar

    0
    DARO, 22 FEBRUARI 2025 (SNN): Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan YAB Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg komited menyediakan kemudahan bekalan...