More
    Home Penduduk yang terjejas di kawasan PKP akan terima bantuan makanan dari Kerajaan...

    Penduduk yang terjejas di kawasan PKP akan terima bantuan makanan dari Kerajaan Sarawak

    KUCHING, 19 JANUARI 2021 (SNN) : Bahagian Sibu yang kini berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga hujung Januari ini memberi kesan terhadap aktiviti kehidupan seharian penduduk di kawasan itu.

    Kerajaan Sarawak dengan itu mengambil inisiatif untuk menyalurkan bantuan makanan kepada mereka yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19 yang membimbangkan di Bahagian Sibu.

    Menurut Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, bantuan yang akan disalurkan melibatkan sejumlah 73,000 penerima atau isi rumah di kawasan Daerah Sibu, Selangau dan Kanowit.

    “Penyaluran makanan itu nanti akan diagihkan oleh Pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) dan Daerah secara berperingkat bermula Rabu ini.

    “Selain itu, kita akan meminta beberapa agensi seperti Jabatan bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Majlis Tempatan, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), pemimpin masyarakat dan NGO’s,” katanya dalam sidang media pada Isnin.

    Tambah beliau, pihaknya akan memaklumkan kepada JPBB bagi memastikan lokasi yang memerlukan helikopter untuk menghantar bantuan disamping kerjasama dengan pihak bomba dan tentera dalam memberikan maklumat logistik keadaan jalan bagi menghantar makanan.

    Turut hadir sama dalam sidang media adalah Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK) Dato Sri Fatimah Abdullah dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Abu Bakar Marzuki.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan negeri terus komited membangun dan menyediakan keperluan sekolah di Bahagian...

    0
    LIMBANG, 27 FEBRUARI 2021 (SNN) : Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus komited membangunkan dan memberi kemudahan ke atas...