More
    Home Sarawak Limbang Penangguhan Pelaksanaan Bayaran Keluar Masuk Brunei 2020, Kerajaan Sarawak Ucap terima kasih...

    Penangguhan Pelaksanaan Bayaran Keluar Masuk Brunei 2020, Kerajaan Sarawak Ucap terima kasih kepada Kerajaan Brunei

    LIMBANG, 01 OGOS 2020 (SNN) : Kerajaan Sarawak menzahirkan terima kasih kepada Kerajaan Brunei Darussalam di atas keputusan negara itu menangguhkan Pelaksanaan Perintah Bayaran Keluar dan Masuk 2020 kepada 1 Oktober depan.

    Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata pelaksanaan berkenaan yang sepatutnya dikuatkuasakan pada hari ini ditangguhkan bagi membolehkan perundingan dalaman dan perbincangan bersama Kerajaan Malaysia dilakukan. Ini bertujuan bagi menilai dan meneliti beberapa perkara berkaitan menerusi surat bertarikh 20 Julai 2020 kepada negara Brunei.

    “Kami amat menghargai hubungan baik bersama negara Brunei khususnya terhadap Sarawak di atas keputusan menangguhkan sementara pelaksanaan Perintah tersebut dan juga diucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato Haji Erywan bin Haji Mohd. Yusof, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Kedua Negara Brunei Darussalam,” katanya dalam sidang media di Lapangan Terbang Limbang pada Sabtu.

    Kenyataan dari Kerajaan Negara Brunei Darusalam

    Beliau turut memaklumkan telah menerima surat daripada Kerajaan Brunei melalui kementeriannya bagi menyatakan tentang keputusan Brunei Darussalam untuk menangguhkan Perintah Bayaran Keluar dan Masuk kepada 1 Oktober 2020.-Sumber Ukas. Nizal.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak & Premier menunaikan Solat Sunat Aidilfitri...

    0
    KUCHING, 31 MAC 2025: Ketibaan 1 Syawal disambut umat Islam dengan menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau di seluruh negara pada hari...