SRI AMAN, 15 JULAI 2020 (SNN): Pembinaan Dewan Terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan Melugu dibawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) yang menelan belanja sebanyak RM350,000 dijangka siap penghujung September 2020 ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang berkata, siapnya projek itu nanti bakal memberi manfaat kepada semua pelajar dan warga sekolah untuk menjalankan aktiviti atau program. Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam satu lawatan bagi meninjau Projek RTP Dewan Terbuka SMK Melugu, Sri Aman pada Selasa lepas.
Datuk Mong Dagang melakukan tinjauan bagi memastikan projek-projek RTP di kawasan DUN Bukit Begunan terutama kerja-kerja pembinaan dewan itu berjalan dengan lancar.-Sumber Ukas.Nizal.