More
    Home Sarawak Samarahan Pembangunan Modal Insan Cemerlang Boleh Dicapai Melalui Kerjasama Penduduk Kampung Muara Tebas...

    Pembangunan Modal Insan Cemerlang Boleh Dicapai Melalui Kerjasama Penduduk Kampung Muara Tebas dengan UNIMAS

    KUCHING, 13 April 2019 (SNN)- Pembangunan modal insan cemerlang boleh dicapai melalui kerjasama penduduk Kampung Muara Tebas dengan pihak Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Justeru UNIMAS diminta untuk menjalinkan kerjasama berterusan kepada penduduk di Kampung Muara Tebas dalam usaha tersebut.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata demikian semasa berucap di Majlis Penutupan UNIMAS Masuk Kampung ‘Catch a glimpse with UNIMAS’ anjuran SEBERKAS Kampung Muara Tebas dengan kerjasama UNIMAS di Dewan Masyarakat Kampung Muara Tebas, petang tadi.

    Beliau berkata Kampung Muara Tebas berpotensi dalam melahirkan lebih ramai modal insan yang cemerlang sejajar dengan hasrat Kerajaan Sarawak mahu menjadikan negeri ini maju menjelang 2030. “Tidak lama lagi akan adanya seseorang yang bergelar doktor perubatan di Kampung Muara Tebas ini. Ketika ini, beliau sedang menghabiskan pengajiannya dalam bidang kedoktoran di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), UNIMAS”, katanya.

    “Selain itu, Kampung Muara Tebas juga pernah melahirkan ramai bakat sukan seperti pemain bola sepak yang kini mewakili negeri dan negara dalam sukan tersebut. Tidak ketinggalan, Kampung Muara Tebas juga melahirkan bakat-bakat dalam bidang lakonan seperti Dol Bashir dan Ali Mohamad,” tambahnya lagi.  Dr Hazland yang juga Pengerusi SEBERKAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut menyokong aktiviti seumpama ini sebagai langkah positif untuk memajukan modal insan selain memperkenalkan budaya Kampung Muara Tebas kepada Pelajar-pelajar UNIMAS. “Hari ini kita melihat bagaimana pelajar-pelajar UNIMAS mempelajari masakan tempatan seperti membuat kuih tradisional. Jika dahulu, sewaktu zaman belajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) saya juga kerap terlibat dalam aktiviti seperti ini dengan menawarkan perkhidmatan perubatan percuma kepada masyarakat yang tinggal di kawasan sehingga,” tambahnya.

    Antara sebahagian pelajar UNIMAS yang mempelajari masakan tempatan dan
    cara membuat kuih tradisional
     

    Dalam pada itu, pelbagai lagi aktiviti yang telah dan akan diadakan bagi mencapai matlamat penganjurannya. “Semenjak saya mengadakan program ini beberapa tahun lepas, jumlah mereka yang berjaya melanjutkan pengajian di IPT semakin bertambah. Ini suatu perkembangan yang baik untuk anak-anak di kawasan DUN Demak Laut. Hasilnya kita akan dapat melihat seorang doktor dari Kampung Muara Tebas selepas ini,” jelasnya.

    Pada majlis itu, Dr Hazland turut menyampaikan sumbangan kepada 7 penerima yang berjaya melanjutkan pengajian di IPT dalam pelbagai bidang. Seramai 70 orang pelajar dari FSGK yang diketuai pensyarah Dr Rizal berkampung di Kampung Muara Tebas dalam usaha memberikan khidmat bakti kepada penduduk. 

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Transformasi Pendidikan kearah Digital Pemangkin Generasi Celik Teknologi dan Berdaya Saing

    0
    SARIKEI, 16 JANUARI 2025: Transformasi sistem pendidikan di Malaysia terus diperkasa bagi melahirkan barisan pendidik dan murid yang kreatif, inovatif, cekap serta bersemangat. Timbalan Menteri...