More
    Home Sarawak Serian Pemandu maut van bertembung dengan lori

    Pemandu maut van bertembung dengan lori

    SERIAN, 03 FEBRUARI 2021 (SNN) : Pemandu van meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Simpang Gedong pada jam 8.30 pagi tadi.

    Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian sebelum mengerahkan anggota bomba ke lokasi kejadian.

    “Kejadian tersebut dipercayai berpunca selepas van berkenaan keluar dari simpang jalan sebelum dirempuh oleh sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.

    “Mangsa, Lai Pian Kim, 71, disahkan maut oleh pasukan perubatan yang tiba dilokasi kejadian akibat tersepit ditempat duduk pemandu sebelum dikeluarkan oleh pihak bomba,” katanya dalam satu kenyataan.

    Lori dalam perjalanan menuju ke Kuching merempuh van yang keluar dari simpang terbabit

    Jelasnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    [Imbasan Parlimen] Rancangan Malaysia Ke-13: Dari Batang Sadong ke Parlimen

    0
    Kota Samarahan 13 Ogos 2025 - Persidangan Parlimen pada 11 Ogos yang lalu menyaksikan perbahasan daripada Ahli Parlimen Batang Sadong, YB Rodiyah Sapiee bagi...