More
    Home Sarawak Samarahan Pelbagai Acara Menarik Sempena Sambutan Hari Malaysia Peringkat Parlimen Batang Sadong

    Pelbagai Acara Menarik Sempena Sambutan Hari Malaysia Peringkat Parlimen Batang Sadong

    SAMARAHAN, 20 September 2019 (SNN)- Pelbagai acara menarik sempena sambutan Hari Malaysia Peringkat Parlimen Batang Sadong yang akan diadakan di Peringkat Parlimen Batang Sadong pada Sabtu, 21 September 2019.

    Menurut Pegawai Daerah Simunjan Abdul Khalid bin Manap, pelbagai acara menarik akan diadakan bersempena sambutan Hari Malaysia Peringkat Parlimen Batang Sadong itu dengan penyertaan daripada rakyat dan kehadiran pemimpin-pemimpin tempatan yang akan memeriahkan sambutan itu nanti.

    “Program sambutan Hari Malaysia Peringkat P.200 Batang Sadong akan bermula dengan jelajah konvoi iaitu bermula di Padang Sentral Simunjan dan bergerak ke Sadong Jaya dan seterusnya berakhir di Padang Sentral Simunjan yang mana kita akan mengadakan gimik pelancaran sambutan Hari Malaysia Peringkat P.200 Batang Sadong.

    “Turut diselitkan Sayembara Puisi, persembahan pentas oleh artis jemputan tempatan,” katanya. Tambahnya lagi, sambutan itu akan turut dihadiri pemimpin-pemimpin tempatan seperti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya Ir Aidil bin Lariwoo, ADUN Gedong Datuk Mohd Naroden bin Majais dan ADUN Simunjan Awla Dris.

    Sambutan Hari Malaysia Peringkat Batang Sadong akan dirasmikan Ahli Parlimen Batang Sadong Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri.

    Bercakap mengenai tujuan penganjuran sambutan Hari Malaysia Peringkat Parlimen Batang Sadong ini, Abdul Khalid menjelaskan ianya bertujuan memperingati hari pembentukan Malaysia dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa rakyat serta cintakan Malaysia.

    “Untuk memberikan kesedaran kepada seluruh warga Malaysia khasnya di daerah Simunjan tentang erti kebebasan dan kemerdekaan.

    “Selain itu, ia juga mempertingkatkan semangat patriotik dan kecintaaan terhadap negara Malaysia. Mewujudkan kebanggaan dilahirkan di sebuah negara yang berdaulat bernama Malaysia dan selain itu adalah untuk menghargai erti hidup saling bekerjasama, toleransi dalam kepelbagaian kaum, budaya serta agama di Malaysia,” ujarnya.

    Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai khususnya mereka yang tinggal di kawasan Simunjan dan sekitarnya untuk sama-sama hadir dan memeriahkan sambutan Hari Malaysia Peringkat P.200 Batang Sadong.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Komplek Wisma Melayu Sarawak milik AKYBMS kini capai kemajuan 30 peratus...

    0
    KUCHING, 29 MAC 2024 (SNN): Peratusan Projek Pembinaan Wisma Melayu milik Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) di Jalan Dilpomatik, Petra Jaya kini...