More
    Home Sarawak Samarahan Pelajar UNIMAS Raih Emas Kategori Men Graded di Philippines International Bowling Championship...

    Pelajar UNIMAS Raih Emas Kategori Men Graded di Philippines International Bowling Championship 2019

    Kota Samarahan, 27 Jun 2019 (SNN) – Syabas dan tahniah diucapkan kepada pelajar UNIMAS iaitu Abner Loo Chun Lik yang telah memenangi pingat emas kategori Men Graded di Philipines International Bowling Championship 2019 pada 1-16 Jun 2019 bertempat di Coronado Lanes Starmall EDSA, Mandaluyong City, Filipina. Beliau telah memperolehi kemenangan dengan jatuhan pin sebanyak 2578. 

    Turut cemerlang dalam kejohanan tersebut adalah rakan sepasukannya iaitu Abdul Kadir Haziq yang memenangi pingat Perak dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 2446. Pasukan Malaysia turut melengkapkan senarai tiga pemenang teratas apabila Ahmad Azraie turut beraksi cemerlang dengan 2312 jatuhan pin untuk meraih pingat gangsa. 

    Semoga saudara Abner Loo dan rakan-rakan yang lain akan terus berusaha dan memperolehi kejayaan cemerlang pada kejohanan-kejohanan yang akan datang.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    18 orang pelajar dari Sebuyau terima insentif melanjutkan pelajaran ke IPT...

    0
    KUCHING, 11 SEPTEMBER 2024 (SNN): Seramai 18 orang pelajar dari kawasan Sebuyau yang berjaya menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Institutsi Pengajian Tinggi (IPT)...