More
    Home Sarawak Samarahan Patuhi SOP ketika solat jumaat

    Patuhi SOP ketika solat jumaat

    SAMARAHAN 26 JUN 2020 (SNN) : Solat jumaat dilaksanakan seperti biasa namun perlu mematuhi Standard Operation Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan berikutan penularan wabak covid-19 masih aktif.

    “Suasana menunaikan solat jumaat agak berbeza kerana para jemaah perlu mematuhi beberapa peraturan yang ditetapkan pihak kerajaan seperti penjarakkan 1 meter diantara saf jemaah.” kata ahli jawatankuasa Masjid Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan.

    Gambar : Pemeriksaan suhu dilakukan sebelum memasuki ruangan solat masjid

    AJK masjid turut berkata, setiap jemaah yang datang mesti menggunakan topeng muka bagi mencegah penularan wabak. Ujarnya lagi, perkara ini agak berlainan namun kita mesti mematuhi apa yang telah ditetapkan.

    Tambahnya lagi, kapasiti jemaah adalah sebanyak 50 hingga 100 orang mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Sarawak (MAIS).

    Gambar : Amalan penjarakan sosial dalam ruangan solat dipatuhi

    Pelaksanaan SOP tidak menghalang para umat Islam untuk menunaikan solat jumaat walaupun dalam keadaan norma baharu. Jelasnya, pencegahan wabak covid-19 adalah satu ikhtiar dalam memastikan kesihatan tubuh badan terjamin dan boleh meneruskan untuk beribadah serta beraktiviti seperti hari biasa. -Sumber AJK Masjid Taman Desa Ilmu. Dilaporkan oleh Nizal.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...