Masyarakat Pakan perlu beri kerjasama basmi denggi

0
55
Gambar : Mawan bergambar dengan masyarakat semasa pelancaran program berkenaan

SARIKEI 26 JUN 2020 (SNN) : Masyarakat di daerah Pakan dinasihatkan agar memberi kerjasama dengan agensi kerajaan dalam menangani wabak denggi yang melanda kawasan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan Tan Sri William Mawan Ikom berkata, setakat ini daerah Pakan merekodkan sebanyak 23 kes demam denggi. Sehubungan itu, masayarakat diingatkan untuk tidak meletakkan tanggungjawab menjaga kesihatan dan kebersihan kepada agensi kerajaan sahaja. Namun sebaliknya masyarakat perlu sama-sama mengambil berat dan menjaga kebersihan persekitaran rumah.

Gambar : Mawan bergambar dengan masyarakat semasa pelancaran program Kempen Kesedaran Denggi Daerah Pakan

Tambahnya, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) digalakkan untuk mengeratkan kerjasama dalam kalangan masyarakat bagi menyelaraskan projek gotong-royong untuk membersihkan persekitaran rumah.

Justeru, program pelancaran tersebut merupakan tindakan proaktif kerjasama antara Pejabat Daerah Pakan, Pejabat Kesihatan Sarikei dan Majlis Daerah Maradong, Julau. -Sumber UKAS. Dilapor oleh Nizal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here