More
    Home Sarawak Samarahan Pasukan Unimas Lanyek Raih Johan Berganda Acara Perahu Kenyalang Kategori IPTA/IPTS Sempena...

    Pasukan Unimas Lanyek Raih Johan Berganda Acara Perahu Kenyalang Kategori IPTA/IPTS Sempena Regatta Sarawak 2019

    KUCHING, 5 November 2019 (SNN) :  Pasukan UNIMAS LANYEK (pelajar) telah berjaya meraih kemenangan berganda apabila telah menjuarai acara perahu Kenyalang Kategori 20 Pekayuh Campuran IPTA/IPTS dan perahu Kenyalang Kategori 20 Pekayuh Lelaki IPTA/IPTS di peringkat Akhir, Regatta Sarawak 2019 yang telah berlangsung pada 1-3 Novemver 2019 lalu.

    Dalam acara Perahu Kenyalang 20 Pekayuh Campuran IPTA/IPTS Akhir, pasukan UNIMAS LANYEK telah menjadi johan mengalahkan pasukan UNIMAS TEGUH GEMILANG di tempat kedua dan pasukan UNIMAS TEGUH BERSAMA di tempat ketiga.

    Manakala dalam acara Perahu Kenyalang 20 Pekayuh Lelaki IPTA/IPTS Akhir, pasukan UNIMAS LANYEK sekali lagi membuktikan kehebatan kayuhan mereka apabila berjaya mengatasi pasukan UNIMAS TEGUH BERSAMA untuk menjadi juara.

    Persaingan di antara kedua-dua pasukan agak sengit pada awal perlumbaan namun pasukan UNIMAS LANYEK telah berjaya memintas pasukan UNIMAS TEGUH BERSAMA pada selekoh terakhir menuju ke garisan penamat. Pasukan UNIMAS TEGUH GEMILANG pula berpuas hati di kedudukan tempat ketiga.

    Pengurus Pasukan Unimas Teguh Bersama, Unimas Lanyek dan Unimas Teguh Gemilang bergambar bersama trofi kemenangan perahu Kenyalang Kategori 20 Pekayuh Lelaki IPTA/IPTS (Piala Ta Ann).
     
    Pasukan Unimas Lanyek

    Pemenang Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga setiap kategori membawa pulang hadiah berbentuk wang tunai dan piala iringan. Pasukan yang turut menyertai kategori IPTA/IPTS ini adalah pasukan UiTM Sarawak dan ICATS.

    Berikut adalah keputusan rasmi peringkat Akhir Regatta Sarawak 2019:

    Acara Perahu Kenyalang 20 Pekayuh Campuran IPTA/IPTS:
    Johan: UNIMAS LANYEK (pelajar)
    Naib Johan: UNIMAS TEGUH GEMILANG (staf)
    Tempat Ketiga: UNIMAS TEGUH BERSAMA (staf)
    Tempat Keempat: UiTM
    Tempat Kelima: ICATS

    Acara Perahu Kenyalang 20 Pekayuh Lelaki IPTA/IPTS (Piala Ta Ann):
    Johan: UNIMAS LANYEK (pelajar)
    Naib Johan: UNIMAS TEGUH BERSAMA (staf)
    Tempat Ketiga: UNIMAS TEGUH GEMILANG (staf)
    Tempat Keempat: UiTM
    Tempat Kelima: ICATS

    Pasukan Unimas Teguh Bersama dan Unimas Teguh Gemilang  
    Antara aksi para peserta yang mengambil bahagian di pertandingan Regatta Sarawak 2019 pada 1-3 November 2019.
    Antara aksi para peserta yang mengambil bahagian di pertandingan Regatta Sarawak 2019 pada 1-3 November 2019.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...