Belanjawan Sarawak 2020 : RM9.891 Bilion, Bertemakan Mempercepatkan Pembangunan Untuk Kesejahteraan Rakyat Sarawak.

0
260
Abang Johari menunjukkan Ucapan Belanjawan bagi Tahun 2020 di DUN hari ini. - Foto Bernama

KUCHING, 04 November 2019 (SNN): Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM9.891 bilion bagi Belanjawan Negeri tahun 2020. Dengan bertemakan ‘mempercepatkan pembangunan untuk kesejahteraan semua rakyat Sarawak’, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika membentangkan belanjawan itu berkata, daripada jumlah tersebut RM6.597 bilion untuk perbelanjaan pembangunan dan RM3.294 bilion bagi perbelanjaan operasi.

“Belanjawan 2020 turut menekankan enam strategik utama bagi merangsangkan pertumbuhan ekonomi ke arah pembangunan insklusif, mampan dan saksama bagi semua lapisan masyarakat,” katanya ketika membentangkannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Isnin.

Tambah Abang Johari, seiring dengan inisiatif-inisiatif kerajaan negeri untuk mentransformasikan kawasan luar bandar dan memastikan tidak ada rakyat negeri ini ketinggalan dalam usaha murni itu, Belanjawan 2020 terus memberi fokus kepada pembangunan luar bandar. Beliau berkata bagi tujuan itu, RM4.141 bilion atau 63 peratus daripada perbelanjaan pembangunan diperuntukkan untuk membangunkan kawasan luar bandar negeri ini.

Selain itu, Belanjawan yang diumumkan Abang Johari juga dilihat sangat realistik dengan jangkaan hasil pendapatan RM10.067 bilion pada 2020. Katanya, pendapatan cukai, pendapatan bukan cukai, resit bukan pendapatan serta dana Kerajaan Pusat dan bayaran balik.”Pendapatan cukai dijangka diterima ialah RM4.631 bilion atau 46 peratus daripada pendapatan keseluruhan tahun 2020. Ia merangkaumi RM3.491 bilion daripada cukai jualan negeri yang mana RM2.878 bilion daripada minyak, LNG dan produk petroleum, RM 600 juta daripada royalti air mentah, RM413 juta daripada perhutanan dan RM127 juta daripada royalti perlombongan, sewa tanah dan lain-lain. “Selain itu, pendapatan bukan cukai dijangka melibatkan RM5.188 bilion, resit bukan pendapatan RM9 juta manakala RM239 juta daripada dana Kerajaan Pusat dan bayaran balik,” katanya.

Antara inisiatif baharu yang diperkenalkan pada belanjawan kali ini termasuk peruntukan sebanyak RM30 juta bagi membantu `Anak Sarawak’ mengurangkan beban peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), menyediakan pengangkutan bas sekolah percuma, bantuan sara hidup kepada nelayan (RM300 sebulan) dan bantuan `one-off’ ibu bersalin (RM450).

Kos RM5,000 bagi penyediaan bekalan elektrik di rumah panjang dan kampung juga akan ditanggung kerajaan negeri, selain program bekalan air percuma, dengan kerajaan negeri membayar RM5 bagi setiap bil air bulanan bagi penduduk bandar dan luar bandar. Ini bermaksud penduduk akan menikmati air percuma bagi RM5 pertama dalam bil air bulanan mereka. Ini akan melibatkan peruntukan berjumlah RM40 juta, dan bermula 1 Januari 2020 dianggarkan sejumlah 600,000 isi rumah akan mendapat manfaat tersebut.

Ketua Menteri, Datuk Abang Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata daripada RM9.89 bilion itu, RM6.59 bilion digunakan bagi perbelanjaan pembangunan, manakala baki RM3.29 bilion untuk perbelanjaan pengurusan.

“Seiring dengan insiatif transformasi kawasan pedalaman dan luar bandar, RM4.41 bilion atau 63 peratus dikhususkan bagi dua kawasan berkenaan. Dana berpatutan juga disediakan bertujuan membina prasarana seperti jalan, jambatan dan penyediaan bekalan air serta elektrik.

“Kita mengunjurkan pendapatan RM10.06 bilion tahun depan yang dijana melalui pendapatan cukai RM4.63 bilion. Sebahagian besarnya diraih daripada cukai jualan sektor minyak dan gas, minyak sawit mentah dan produk aluminium,” katanya.

Abang Johari yang juga Menteri Kewangan dan Perancangan Ekonomi, turut menambah pengenalan khidmat bas sekolah percuma bertujuan meringankan beban keluarga berpendapatan rendah yang akan diperluaskan ke semua bandar utama di seluruh negeri secara berperingkat.

Katanya perkhidmatan itu, berdasarkan konsep ‘hop-on hop-off’, dan pelajar boleh menaiki bas dari mana-mana tempat di sepanjang laluan bas dan kemudian turun di sekolah masing-masing.

“Idea ini timbul kerana kami mengambil maklum beban kewangan yang dihadapi keluarga berpendapatan rendah di kawasan luar bandar dalam menangani kos pengangkutan ke sekolah. “Selain itu, perkhidmatan ini akan turut membantu menyuraikan kesesakan lalu lintas di kawasan bandar. Ini akan menjadi inisiatif perintis kami dan akan diperkenalkan di bandar raya lain di Sarawak yang padat dengan penduduk, apabila diperlukan,” katanya.

Seterusnya beliau berkata, “sebanyak RM18 juta diperuntukkan tahun depan bagi program ‘post natal’ bagi ibu bersalin yang melahirkan bayi bermula 1 Januari 2020. Jumlah ini diperuntukkan tahun depan sebagai bantuan tambahan kepada kalangan ibu untuk meringankan bebanan mereka selepas melahirkan anak. Setiap ibu akan menerima RM450 berkuat kuasa 1 Januari 2020,” katanya, dan menambah, ini adalah sambungan kepada insentif yang diumumkan dalam Belanjawan Negeri 2019, yang mana setiap bayi Sarawak yang baru dilahirkan akan menerima RM1,000,” katanya.

RM9.1 juta pula diperuntukkan kepada nelayan bagi pemberian elaun tunai RM300 sebulan ketika musim tengkujuh, manakala RM20 juta diperuntukkan bagi bantuan peralatan.

Abang Johari berkata, kerajaan negeri juga berhasrat memperkukuhkan kawalan pantai negeri ini bagi membantu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Pasukan Polis Marin, dengan RM90 juta diperuntukkan untuk tujuan itu bagi memenuhi aspirasi Ordinan Perikanan Sarawak 2003,” katanya.

Sumber : Bernama, UKAS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here