More
    Home Sarawak Samarahan Pasukan SUKMA Sarawak Juarai Kejohanan Bola Jaring Terbuka UNIMAS 2019

    Pasukan SUKMA Sarawak Juarai Kejohanan Bola Jaring Terbuka UNIMAS 2019

    Kota Samarahan , 09 April 2019 (SNN)- Pasukan SUKMA Sarawak juarai Kejohanan Bola Jaring Terbuka UNIMAS 2019. Kejohanan Bola Jaring Terbuka UNIMAS 2019 telah berlangsung dengan jayanya pada 5-7 April 2019 bertempat di Arena Futsal, Kompleks Sukan UNIMAS. Ia buat julung kalinya dianjurkan oleh Pusat Sukan di mana dua (2) kategori telah dipertandingkan iaitu Kategori Lelaki dan Kategori Wanita.

    Sebanyak 21 pasukan wanita telah menyertai kejohanan ini termasuk pasukan dari Sabah dan Sarawak. Manakala Kategori Lelaki sebanyak 8 pasukan telah menyertai iaitu pasukan dari Brunei, Semenanjung dan Sarawak . Berikut adalah keputusan rasmi kejohanan :

    Kategori Wanita :

    Johan : Pasukan Challenger (Pasukan SUKMA Sarawak)

    Naib Johan : Pasukan Tee Jay 1 (Pasukan Sekolah Sukan Negeri Sarawak)

    Tempat Ke-3 : Pasukan NB Mix (Pasukan dari Sabah)

    Kategori Lelaki :

    Johan: Pasukan Coaster Netball Club (Pasukan dari Semenanjung)

    Naib Johan : Pasukan UNKNOWN (Pasukan dari Brunei)

    Tempat Ke-3: Pasukan Flyballers (Pasukan Pelajar Kolej Cempaka)

    Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang telah disampaikan bersama oleh Prof Madya Dr Azhaili bin Baharun, Pengarah Pusat Sukan UNIMAS dan Puan Hanimah bt Hood, Presiden Persatuan Bola Jaring Kuching. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan pasukan yang telah menyertai kejohanan ini. 

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan Wisma Melayu dijangka siap sepenuhnya pada tahun ini-Awang Tengah

    0
    KUCHING, 01 MAC 2025 (SNN): Projek pembinaan Wisma Melayu di Jalan Diplomatik, Petra Jaya yang akan menjadi mercu tanda kebudayaan masyarakat Melayu Sarawak kini...