More
    Home Pasar lama Serikin akan dibina semula

    Pasar lama Serikin akan dibina semula

    BAU, 14 OKTOBER 2020 (SNN) : Pasar Serikin yang terkenal dalam kalangan para pelancong dari dalam dan luar negara akan berwajah baru selepas prose meroboh yang melibatkan hampir 500 gerai itu selesai dan dibina semula.

    Pasar yang sudah wujud sejak tahun 1997 itu akan diroboh dan dibina semula sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) untuk menaiktaraf sistem peparitan yang sering kali tersumbat tatkala hujan.

    Kerja-kerja meroboh bangunan pasar itu masih dalam proses.

    Sejak kewujudan pasar itu kita telah menyaksikan transaksi perdagangan antarabangsa yang mana melibatkan pedagang dari negara jiran iaitu Kalimantan, Indonesia yang hanya dipisahkan oleh sempadan negara.

    Pengerusi Pertubuhan Pedagang Serikin Sandra Trinata Kolarensius Sugeng berkata, masalah sistem peparitan itu mengundang kepada penyakit denggi bawaan nyamuk aedis dan oleh kerana tempat tersebut menjadi tumpuan ramai kita akan menaiktaraf kawasan berkenaan dan akan dibuka semula untuk umum selepas kerja-kerja pembinaan selesai.

    Tambah beliau, keputusan merobohkan kawasan dagangan itu mendapat persetujuan majoriti pedagang di situ ekoran sepanjang tempoh PKPP aktiviti jual beli adalah diberhentikan bagi mengelak berlaku penularan wabak Covid-19.

    Ujarnya, selesainya kerja naiktaraf itu nanti bakal membawa imej baharu kepada pasar Serikin yang boleh dikatakan pasar legenda bagi setiap masayarakat yang mengunjungi tempat tersebut.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sarawak berada di kedudukan yang kukuh pimpin tangani isu perubahan iklim

    0
    KUCHING, 23 JANUARI 2025: Sarawak berada pada kedudukan yang kukuh untuk memimpin dalam menangani perubahan iklim, dipandu oleh komitmen terhadap pembangunan lestari dan pelepasan...