SARIKEI 08 JULAI 2020 (SNN): Pakan berpotensi dijadikan sebagai destinasi pelancongan baharu di Sarawak. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan Tan Sri William Mawan Ikom berkata, setakat ini acara tahunan di Pakan adalah seperti Pesta Pakan dan Lumbong (kubur) Panglima Rentap di Bukit Sibau, Sungai Wak.
“Kita yakin, acara-acara ini menjadi salah satu daya tarikan pelancongan utama di sini,”katanya. Selain itu, Ekspedisi Kenderaan Pacuan Empat Roda yang merupakan sebahagian daripada program Pesta Pakan juga mendapat sambutan yang baik.
“Ekspedisi Kenderaan Pacuan Empat Roda boleh ditambah baik dan diadakan secara berasingan di masa hadapan,”katanya lagi. Dalam pada itu, pihaknya juga sedang giat menyiapkan Pintu Gerbang Pakan yang bernilai RM100,000 dan ini mampu mencantikkan lagi pemandangan disini.
Jelasnya, beliau menyokong penuh inisiatif Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Budaya dalam usaha mempromosikan pelancongan domestik serta meningkatkan sosioekonomi masyarakat.-Sumber Ukas.Nizal.