LAWAS, 22 NOVEMBER 2020 (SNN) : Nasib keluarga yang menjadi mangsa kedajian pokok tumbang sehingga merosakkan kediaman mereka mendapat perhatian Pusat Khidmat ADUN Bukit Sari.
Terdahulu, satu kejadian pokok tumbang sehingga menghempap rumah milik mangsa di Kampung Belangsat, Jalan Punang, Lawas sehingga menyebabkan kerosakan di bahagian bumbung dan dindiang rumah mangsa.
Ekoran dari kejadian itu, Setiausaha Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) melalui Pusat Khidmat DUN Bukit Sari, Awang@Ibrahim Ahmad menyerahkan bantuan kepada mangsa bagi baikpulih kerosakan yang dialami.
Sehubungan itu, mangsa, Talib Tengah mengucapkan terima kasih kepada pihak yang terlibat menghulurkan bantuan untuk meringankan beban sekaligus membaikpulih keadaan rumah yang rosak akibat kejadian itu.-Sumber Ukas.