More
    Home Najib, Ketua Polis Negara dan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan diganggu dengan serangan panggilan...

    Najib, Ketua Polis Negara dan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan diganggu dengan serangan panggilan spam

    Kuching, 9 Mei 2018 (SNN) – Presiden Barisan Nasional, Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Seri Mohamad Fuzi Harun, serta beberapa pemimpin pembangkang.

    Saya mengecam sekeras-kerasnya taktik “Panggilan Spam” yang diterima ramai pemimpin BN dari nombor antarabangsa. Telefon yang diserangi “Spam” ini tidak dapat berfungsi seperti biasa. Selain itu, banyak laman web BN pun tak boleh diakses. Saya telah mengarahkan supaya tindakan segera diambil. – Status Facebook Rasmi Presiden Barisan Nasional, Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak

    Dalam pada itu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesahkan gangguan panggilan spam diterima beberapa pemimpin politik kerajaan dan pembangkang serta ketua-ketua jabatan sejak awal pagi hari ini berpunca daripada serangan siber (BOTS).

    SKMM dalam satu kenyataan berkata, serangan BOTS itu dilakukan pihak tidak dikenali dari pelbagai sumber yang menyasarkan pemimipin parti politik yang bertanding.

    “SKMM menerima beberapa aduan hari ini berhubung panggilan telefon yang kemudiannya dimatikan. Gangguan ini dialami secara berterusan oleh semua parti.

    “Kami menggesa pihak berkenaan supaya segera menghentikan serangan teknikal itu kerana ia mengganggu rangkaian telekomunikasi yang bukan saja menyebabkan ketidakselesaan orang ramai, malah menjejaskan keselamatan,” kata agensi itu.

    Panggilan spam yang diterima oleh calon Barisan Nasional, YB Khairy Jamaluddin

    SKMM dalam pada itu menasihatkan pihak yang menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali supaya tidak menjawab panggilan berkenaan.

    Di pihak Pakatan Harapan pula, serangan panggilan spam telah berlaku terhadap Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

    Serangan ini disahkan oleh Pengarah komunikasi PKR, Fahmi Fadzil memberi amaran serangan digital besar- besaran sedang dijalankan terhadap pemimpin dan calon HARAPAN.

    Azmin berkata telefon bimbitnya, e-mel dan Facebook telah digodam sejak jam 6 pagi ini. Sementara itu, laman sesawang parti gabungan Pakatan Harapan seperti parti DAP, Roketkini dan NGO Invoke turut menghadapi masalah apabila tidak dapat diakses.

    Selain itu, antara calon pembangkang lain yang menerima serangan sedemikian ialah Zairil Khir Johari, Elizabeth Wong, Chang Lih Kang dan Lee Boon Chye serta Kerk Chee Yee.

    Serangan turut menyasarkan Setiausaha Akhbar Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Zamri Maulan juga mengadu menerima banyak panggilan daripada nombor dari Amerika Syarikat.

    Saya menerima panggilan sejak 7 pagi, setiap beberapa minit – Setiausaha Akhbar Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Zamri Maulan

    Siasatan segara sedang dilakuan oleh SKMM bagi menghentikan dan mengenal pasti punca serangan panggilan spam yang dilakukan awal pagi hari pengundian Pilihanraya Umum ke-14 Malaysia.

    Dalam pada itu, pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan akan membuat aduan kepada SKMM mengenai serangan panggilan spam yang dilakukan terhadap beberapa calon-calon mereka.

     

    qhidirisa
    Journalis dan Editor Sarawak News Network.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sarawak sentiasa perjuangkan hak dan automoni seperti yang termaktub dalam MA63

    0
    KUCHING, 11 JANUARI 2025: Sarawak terus komited dalam mempertahankan prinsip-prinsip federalisme yang menjadi teras kepada pentadbiran negara ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr)...